‘batu Api’ Punca Dr Mahathir, Najib Terus Berperang, Kata Ketua Umno Cheras

Offline
05-18-2015, 04:22 PM,
#1
resim

Selepas menggesa ketua-ketua bahagian Umno tampil menyatakan sokongan dengan menangkis tohmahan negatif terhadap Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengatakan perang dingin antara perdana menteri dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berakhir selagi terdapat "batu api".

Ketua Umno bahagian Cheras itu mendakwa, golongan tersebut mempunyai niat memporak-perandakan kedua pemimpin tersebut, di samping menghancurkan perpaduan Melayu.

“Golongan inilah yang cuba merosakkan imej Umno, mereka laga-lagakan kedua pemimpin atas isu yang dibangkitkan oleh pihak berkepentingan,” kata Syed Ali dalam blognya hari ini.

“Saya amat bimbang ada strategi untuk hancurkan orang Melayu dan senjatanya ialah dengan lagakan Dr Mahathir dengan Najib,” katanya.

Menurut pemimpin Umno Chreas itu, walaupun Najib sudah menjawab segala tuduhan yang dibangkitkan Dr Mahathir dalam blognya semalam, jawapannya tetap mendapat kritikan dan golongan batu api seakan-akan seronok melihat kritikan berterusan Dr Mahathir.

“Golongan oportunis dan batu api ini seronok melihat Dr Mahathir menyerang Najib kerana mereka mempunyai agenda menghancurkan Umno.

“Kita dimaklumkan Dr Mahathir akan buat road show, motifnya dikatakan untuk burukkan Najib, ini satu perbuatan tidak elok,” katanya.

Pada masa sama beliau juga mempertahankan Najib dengan mengatakan setiap pemimpin mempunyai cara pimpinannya tersendiri sambil mengatakan perdana menteri sudah berjaya membawa anjakan ke arah pengukuhan Umno dan mengutamakan kepentingan rakyat.

“Dr Mahathir dengan caranya selama 22 tahun dan Najib juga ada caranya tersendiri, termasuk Pak Lah (Tun Abdullah Ahamd Badawi), jadi tidak perlu dijadikan perbandingan.

“Selaku presiden, beliau berjaya membawa satu anjakan kearah pengukuhan parti dan sebagai ketua kerajaan, kepentingan rakyat tetap menjadi keutamaan,” katanya.

Syed Ali juga berkata, ekoran kritikan berterusan Dr Mahathir, beliau bimbang rasa hormat rakyat terhadap bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu akan hilang.

“Najib sudah menjelaskan 13 perkara yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir, saya berharap mantan perdana menteri itu akan berpuas hati.

“Dr Mahathir diharap boleh menerima penjelasan Najib, yang dianggap banyak pihak sebagai telus dan berterus terang.

“Saya percaya Dr Mahathir juga tidak mahu Umno menjadi punah dan hilang sokongan orang Melayu, oleh sebab itu saya berharap kemelut yang berlaku itu dapat diselesaikan secara keluarga,” katanya. – 18 Mei, 2015.

Possibly Related Threads...
Tun M Jaguh 'u-turn' - Pm Najib
Padah Sekeping Gambar Najib Pembaca Berita Rtm Mandarin Tanpa Visual Sokongan
Tandas Mungkin Antara Sebab Speaker Mahu Letak Jawatan, Kata Bnbbc
Jet Baru Najib Boleh Hentikan Penculikan Di Sabah, Soal Dr M
'jangan Biar Umno Pilih Pm', Kata Hadi
Pas Marah Dap Tolak Hudud Sebab Ia Kehendak Allah, Kata Hadi
Anwar, Nik Aziz Setuju Kerajaan Perpaduan Tetapi Ditolak Bn, Kata Hadi
Masih Ramai Kurang Puas Hati 13 Jawapan Najib
Buka Pekung Sendiri Jejaskan Imej Umno
Dr M: Najib Tak Jawab Apa-apa Pun



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 582
‘batu Api’ Punca Dr Mahathir, Najib Terus Berperang, Kata Ketua Umno Cheras
ringgit maker
95738
Forum Jump: