1 Bilion Aktif Guna Whatsapp Setiap Hari

Offline
07-28-2017, 10:43 AM,
#1
resim

MOUNTAIN VIEW, California 27 Julai – WhatsApp mencatatkan seramai satu bilion pengguna aktif yang menggunakan perkhid­matan aplikasi tersebut pada setiap hari.

Menurut WhatsApp, pada tahun lalu aplikasi itu telah mengumumkan pencapaian satu bilion pengguna aktif bagi setiap bulan di seluruh dunia.

“Sama ada berkongsi foto dan video, panggilan video atau kemas kini harian kepada rakan dengan Status, komunikasi menerusi WhatsApp adalah lebih mudah dan peribadi.

“Kami menghargai sokongan orang ramai menggunakan ciri-ciri WhatsApp ini untuk berhubung antara satu sama lain,” jelasnya dalam satu perkongsian blog di laman web WhatsApp di sini hari ini.

Tambah aplikasi itu, selain meraikan kejayaan, WhatsApp akan lebih komited untuk mewujudkan pelbagai ciri berguna sambil menawarkan kepercayaan, ke­se­der­hanaan dan keselamatan.

Perkongsian foto di blog tersebut juga menunjukkan bilangan pengguna aktif bulanan WhatsApp ketika ini mencecah 1.3 bilion.

Selain itu, sebanyak 55 bilion mesej, 4.5 bilion foto serta satu bilion video dikongsi dan dihantar setiap hari menerusi platform berkenaan. – AGENSI/Utusan

Possibly Related Threads...
Mark Zuckerberg Rugi Rm11 Bilion Ubah News Feed Facebook
Malaysia Terunggul Di Dunia Guna Whatsapp
Whatsapp Adalah Nombor 1
Skmm Nafi Viral Rakam, Rekod Panggilan Telefon, Whatsapp
Admin Group Whatsapp Boleh Dipenjara
Brazil Sekali Lagi Sekat Khidmat Whatsapp
Facebook Lancar Ciri '360 Photos' Hari Ini
Whatsapp Bakal Lancar Panggilan Video Dan Peti Suara?
Digantung 72 Jam, Whatsapp Kembali Di Brazil
Hakim Brazil Arah Servis Whatsapp Digantung



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 136
1 Bilion Aktif Guna Whatsapp Setiap Hari
sukawg
111670
Forum Jump: