10,000 Penduduk Lari Lepas Sinabung 'mengamuk'

Offline
06-19-2015, 11:48 AM,
#1
resim
Gunung berapi Sinabung mula memuntahkan lahar dan mengeluarkan asap tebal sejak beberapa hari lalu.

JAKARTA: Gunung berapi Sinabung yang mula memuntahkan laharnya menyebabkan lebih 10,000 penduduk kampung berhampiran bergegas melarikan diri sejak beberapa hari lalu untuk menjamin keselamatan diri serta keluarga masing-masing.

Ia juga susulan tindakan pihak berkuasa menaikkan status amaran gunung berapi di Pulau Sumatra pada tahap tertinggi mulai bulan ini.

Sinabung bagaikan ‘hidup semula’ dua tahun lalu meletus minggu lepas dengan menghamburkan abu dan batu panas ke udara.

Tahun lalu, letusan kuat gunung berapi itu membunuh 16 orang dan ketika ini Sinabung mengeluarkan asap hitam tinggi ke udara sehingga menyebabkan kediaman yang terletak jauh dilitupi debu.

“Kira-kira 7,500 penduduk telah dipindahkan dari kampung-kampung mereka susulan letusan gunung berapi itu pada hujung minggu lalu,” kata Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Tri Budiarto kepada agensi berita AFP.

“Mereka meninggalkan rumah dengan menaiki motosikal, kereta dan trak tentera. Kesemuanya merupakan penduduk dari enam buah kampung yang terletak dalam zon bahaya di selatan dan tenggara Sinabung.

“Beberapa ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka pada awal bulan ini dengan bilangan perpindahan kini mencecah 10,714 orang,” tambah Tri.

Penduduk yang berpindah kini berlindung di beberapa bangunan kerajaan dan rumah ibadat di pekan Kabanjahe yang terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari Sinabung.

Sinabung semakin aktif dan memuntahkan batu serta gas panas sejauh 3km ke udara sebanyak empat kali sehari, kata ketua pos pemerhatian gunung berapi tersebut, Armen Putra.

“Kami masih dapat merasakan gegaran. Debu setinggi satu hingga dua milimeter meliputi jalan dan rumah sejauh 15 km dari kawasan gunung berapi berkenaan.

“Masa beberapa minggu diperlukan untuk membersihkan kawasan yang terjejas. Namun, buat masa ini, kami menyarankan kepada penduduk di sekitar Sinabung supaya berpindah,”katanya.

Sinabung yang meletus semula pada 2013 turut menyebabkan lebih 10,000 orang melarikan diri ke kampung-kampung yang berhampiran. – AFP

Possibly Related Threads...
10,000 Penduduk Sakit Akibat Jerebu Di Riau
Pelanggan Sedang Minum Cendol Bertempiaran Lari Dilanda Ribut
Cuaca Sejuk Di Thailand Sebabkan 12 Penduduk Maut
Penduduk Palangkaraya Kumpul Duit Syiling Tanda Protes
Gunung Berapi Sinabung Sudah Meletus
335 Penduduk Terkorban Fenomena Panas Terlampau India
Penduduk Kesal Pakaian Sumbangan Banjir Dibuang
Terpaksa Lepas 1,800 Ikan Patin Ke Sungai
Penduduk Tanjong Tokong Paling Terkesan Tsunami
Empangan Sukhirin, Thailand Dikatakan Lepas Air Tidak Wujud



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 491
10,000 Penduduk Lari Lepas Sinabung 'mengamuk'
sukawg
96442
Forum Jump: