100 Tahun Untuk Bangunkan Semula Gaza

Offline
02-28-2015, 11:37 AM,
#1
resim

BAITULMAQDIS 27 Feb. - Pembangunan semula rumah, sekolah, dan hospital di Gaza mungkin mengambil masa selama 100 tahun melainkan Israel menarik balik sekatan bahan pembinaan ke Genting Gaza, kata agensi bantuan Oxfam, semalam.

Menurut Oxfam, lebih 800,000 lori yang membawa muatan bahan binaan diperlukan bagi memperbaiki kemudahan asas itu yang musnah semasa serangan Israel pada tahun lalu.

Bagaimanapun jelas pertubuhan itu, kurang daripada satu perempat daripada satu peratus bahan binaan yang diperlukan telah memasuki Gaza dalam tempoh tiga bulan lalu.

Pengarah wilayah Oxfam, Catherine Essoyan berkata, lebih lama sekatan itu dikuatkuasakan, lebih banyak nyawa akan terancam.

“Banyak keluarga tinggal di rumah tanpa bumbung dan dinding apatah lagi tingkap dalam tempoh enam bulan lalu. Mereka hanya memperoleh bekalan elektrik selama enam jam sehari,’’ kata Essoyan dalam satu kenyataan.

Israel mengenakan sekatan terhadap Genting Gaza selepas Hamas memenangi pilihan raya pada 2006 dengan Mesir dan Israel mengekalkan kawalan ketat kemasukan barang keperluan dan penduduk yang keluar masuk ke wilayah itu.

Menurut Oxfam, kira-kira 100,000 penduduk Gaza dengan separuh daripadanya adalah kanak-kanak kini tinggal di pusat perlindungan, tempat tinggal sementara atau duduk bersama sanak saudara lain selepas rumah mereka musnah.

Ribuan penduduk lagi tinggal di dalam bangunan yang rosak dengan menggunakan kepingan plastik bagi mengelak daripada hujan.

Konflik 50 hari antara pergerakan Hamas dan tentera Israel pada Julai dan Ogos tahun lalu mengorbankan lebih 2,100 penduduk Palestin dan 73 lagi di pihak Israel serta membawa kerosakan teruk kepada wilayah Gaza yang dihuni 1.8 juta penduduk Palestin.

Possibly Related Threads...
Jet Pejuang Israel Lancar Serangan Ke Gaza
Amerika Salur Dana Rm157 Bilion Setahun Untuk Serang Palestin
Israel Lancar Serangan Ke Atas Gaza
Israel Lulus Undang-undang Kanak-kanak Palestin Seawal 12 Tahun Boleh Dipenjara
Kabinet Israel Luluskan Untuk Tembak Pembaling Batu Guna Peluru Hidup
Gaza Dibedil Israel Lepas Palestin Lancar Roket
Israel Laksana Hukuman Penjara 10 Tahun Jika Baling Batu
Akhirnya Israel Pulangkan Semua Cukai Untuk Pihak Berkuasa Palestin (pa)
Palestin Mahu Hantar Semula Usul Ke Majlis Keselamatan Pbb
Serangan Pertama Zionis Ke Atas Gaza Sejak 'asfil Ma'kul Lalu



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 560
100 Tahun Untuk Bangunkan Semula Gaza
sukawg
93604
Forum Jump: