17,000 Pelapis Briged Al-qassam Sedia Pertahan Palestin

Offline
02-09-2015, 05:12 PM,
#1
resim
resim

GAZA: Hatem hanya berusia 14 tahun, tetapi telah menempuh tiga kali peperangan akibat diserang tentera yahudi dari rejim Israel.

Bagaimanapun, remaja itu kini bersedia untuk mempertahankan tanah airnya selepas mendapat latihan daripada Briged al-Qassam - sayap bersenjata pergerakan Hamas.

"Israel telah membunuh saudara saya pada tahun lalu. Sekarang saya pula akan membunuh mereka.

"Saya kini telah bersedia untuk menjadi pejuang dan menentang mereka," kata anak muda itu penuh semangat ketika majlis tamat latihan di kem latihan Briged al-Qassam.

Hatem merupakan sebahagian daripada 17,000 remaja yang mengikuti latihan ketenteraan daripada Briged al-Qassam sebagai persediaan melahirkan generasi muda dalam mempertahankan Palestin.

Pada tahun lalu, rejim Israel memulakan serangan terhadap Palestin sehingga mengorbankan 2,200 rakyat negara itu.

Dalam konflik ketiga sepanjang lima tahun itu, Briged al-Qassam berjaya melakukan serangan balas menggunakan senjata buatan sendiri.

Serangan balas demi mempertahankan Palestin itu berjaya menundukan ego pemimpin dan tentera yahudi sekaligus memberikan kebebasan kepada masyarakat Islam di Palestin.

Possibly Related Threads...
3 Israel Mati Ditembak Penduduk Palestin
6 Lelaki Palestin Dihukum Mati Kerana Belot Bersubahat Dengan Israel
Imam Palestin Didenda Kerana Laungkan Azan
Hamas Jangka Polisi Anti - Palestin Kekal Di Bawah Trump
Amerika Salur Dana Rm157 Bilion Setahun Untuk Serang Palestin
Google Dikecam Buang Palestin Dalam Peta
Israel Bunuh 25 Kanak-kanak Palestin Dalam Tempoh 3 Bulan
Askar Israel Didakwa Bunuh Lelaki Palestin
Palestin Bakal Guna Pasport Baru
Israel Lulus Undang-undang Kanak-kanak Palestin Seawal 12 Tahun Boleh Dipenjara



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 764
17,000 Pelapis Briged Al-qassam Sedia Pertahan Palestin
sukawg
93033
Forum Jump: