2 Beradik Diperkosa Bapa, Datuk, 2 Pakcik Di Sarawak

Offline
08-11-2017, 11:01 PM,
#1
resim

EMPAT sekeluarga termasuk bapa dan datuk mangsa yang didakwa merogol dua beradik perempuan berusia 19 dan 14 tahun ditahan polis di Kampung Daha Seroban, Serian, hari ini.

Keempat-empat suspek berusia 26 sehingga 57 tahun itu ditahan petang tadi selepas polis menerima laporan daripada Hospital Serian berhubung kejadian itu hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, mangsa berusia 19 tahun itu dirujuk ke hospital berkenaan kerana mengandung sebelum mangsa mendedahkan perkara itu kepada pihak hospital.

Menurutnya, mangsa mendakwa dia dirogol oleh bapa kandungnya, dua bapa saudara dan datuknya sejak berusia 13 tahun.

"Mangsa turut mendakwa adiknya berusia 14 tahun dirogol sejak berusia sembilan tahun," katanya.

Katanya, kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban sehingga mangsa mengandung.

"Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Serian esok untuk perintah reman," katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Diari Bongkar Kisah Budak Diperkosa Kekasih Ibunya Di Kajang
Pakcik Ditahan Selamba Cabul Anak Saudara Di Khalayak Ramai
Perkosa Anak Tiri Hingga Hamil, Bapa Dipenjara 26 Tahun
2 Beradik Dirogol: 4 Sekeluarga Direman 7 Hari
Rogol Liwat 600 Kali: Bapa Liwat Anak Sepanjang Bulan Ramadan, Hari Raya
Rogol Liwat 600 Kali: Bapa Liwat Anak 3 Kali Sehari Setiap Hari
Perkosa, Liwat Anak 600 Kali, Bapa Berdepan Penjara 3,000 Tahun
Bapa Rogol, Liwat Anak 600 Kali Bakal Didakwa Esok Di Putrajaya
Marah Lamaran Kahwin Ditolak, Gadis Diperkosa Kekasih Sendiri Di Kepong
Gadis Dakwa Diperkosa Lelaki Kenal Di Wechat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 88
2 Beradik Diperkosa Bapa, Datuk, 2 Pakcik Di Sarawak
sukawg
111963
Forum Jump: