2 Beradik Mati Ditetak Ketika Sambut Hari Jadi Di Damansara

Offline
02-11-2018, 09:14 PM,
#1
resim

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Polis menahan tujuh suspek termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan dua beradik ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi di perkarangan Blok B Flat Damansara Bistari, Seksyen 19, dekat sini hari ini.

Kesemua suspek berusia lingkungan 30-an yang ditahan kebanyakannya adalah tetamu majlis tersebut termasuk penganjur majlis dan akan direman esok mengikut keperluan siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, lelaki berusia 44 tahun dan adiknya berusia 36 tahun maut akibat ditetak selepas berlaku perselisihan faham dengan suspek yang dipercayai merupakan tetamu dalam majlis sama.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian kebanyakan tetamu dalam keadaan mabuk dan pihaknya masih mencari punca sebenar berlakunya pertengkaran sehingga menjurus kepada kematian dua beradik itu.

"Kedua-dua mangsa dipercayai diserang dengan parang dan senjata digunakan untuk menyerang mangsa turut ditemukan di lokasi kejadian.

"Setakat ini, kita percaya kejadian berlaku akibat salah faham antara kedua-dua mangsa dengan kumpulan motosikal yang membuat bising di khemah terbabit," katanya ketika dihubungi, di sini. - Utusan

Possibly Related Threads...
Lelaki Disyaki Cuba Curi Kabel Ditemui Mati Sebelah Tiang Elektrik
2 Didakwa Bunuh 2 Beradik Ketika Sambut Hari Jadi Di Pj
Pelajar Sekolah Ditemui Mati Dalam Longkang Di Kulim
Amah Mati Didera Di Penang, Wanita Tua Didakwa Membunuh
Amah Mati Didera, Wanita Tua 60 Tahun Akan Didakwa Bunuh Esok
Lelaki Ditemui Mati Leher Ditetak, Punggung Disula Di Sarawak
Mangsa Tong Dram Meletup Meninggal Dunia Selepas 4 Hari Bertarung Nyawa
Cikgu Lupa Bawa Masuk, Budak Ditemui Mati Beku Di Luar Tadika
Isteri Teruk Dibelasah Suami Hanya Kerana Keluar Bersama Adik Beradik
Pegawai Polis China Ditemui Mati Atas Katil Di Kluang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 33
2 Beradik Mati Ditetak Ketika Sambut Hari Jadi Di Damansara
sukawg
115793
Forum Jump: