2 Dibunuh Di Klang: Jadi Mangsa Atas Kebaikan Hati Sendiri

Offline
08-12-2017, 08:11 AM,
#1

Suspek dakwa dengar suara ghaib

resim
resim

KLANG 11 Ogos - Dua pengawal pusat penyembelihan ayam yang bersaudara dan dibunuh kejam di Kampung Kuantan, minggu lalu, menjadi mangsa kebaikan hati sendiri setelah membenarkan suspek menumpang di bilik mereka.



Kemuliaan hati mangsa itu bukan sahaja tidak dihargai malah nyawa sendiri menjadi galang-ganti apabila ditetak hingga mati oleh suspek yang merupakan penagih dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, siasatan polis mendapati suspek tidak bekerja di pusat penyembelihan ayam tersebut, sebaliknya hanya menumpang bilik yang didiami mangsa bersaudara itu.

“Berdasarkan soal siasat yang dijalankan setakat ini, suspek mendakwa telah dirasuk secara tiba-tiba dan melihat dua mangsa seperti syaitan sebelum membunuh mereka menggunakan parang.

“Setakat ini, tidak banyak yang diketahui mengapa suspek bertindak demikian selain mendengar suara ghaib yang menyuruhnya melakukan pembunuhan atas sebab-sebab yang belum dapat dipastikan lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Minggu lepas, mayat Wan Amir Hamzah Abu Hassan, 48, dan anak saudaranya, Syed Mohd. Fazrul Syed Mohd. Ridhwan, 23, ditemukan dalam keadaan berulat dan berbau iaitu dua hari selepas dibunuh.

Suspek yang berusia 30-an kemudiannya berjaya ditahan pada 1 pagi, Ahad lalu ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan, Perak.

Turut ditemukan beberapa barang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seperti sebilah parang dan sebuah kereta jenis Proton Satria Neo milik Syed Mohd. Fazrul.

Dalam pada itu, Mazelan berkata, pihaknya telah memindahkan suspek yang sebelum ini ditahan di Hospital Teluk Intan kerana menerima rawatan akibat pengaruh syabu ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara pada Selasa lalu.

“Kita turut menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan wang gaji bulanan mangsa berjumlah RM3,000 setiap seorang yang belum dijumpai setelah dipercayai disamun oleh suspek,” katanya.

Sehubungan itu, Mazelan ber*kata, pihaknya memohon perintah tahanan reman selama tujuh hari lagi di Mahkamah Klang hari ini bagi melengkapkan siasatan. - Utusan

Possibly Related Threads...
Polis Bukit Aman Ditembak: Dibunuh Pembunuh Upahan
Bapa Tua 71 Tahun Dipukul Anak Sendiri, Terima 7 Jahitan
Budak Baru Usia 12 Tahun Sudah Buang Bayi Sendiri
Culik Faralysa: Pelajar Politeknik Disyaki Balas Dendam, Ibu Mangsa Warden Asrama
2 Pekerja Mati Dibunuh Di Klang, Suspek Didakwa Hari Ini
Rakyat Korea Mati Dibunuh Di Hotel Awana Genting Highlands
Hati-hati Jika Dihubungi Ipd Putrajaya Minta Masukkan Duit
Ibu Maut Dikelar Anak Sendiri Di Kulai
Polis Buru Bapa Buat Aksi Gantung Anak Atas Bangunan
Penagih Dadah Ditahan Ketika Temuduga Mahu Jadi Konstabel Polis Di Sibu



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 41
2 Dibunuh Di Klang: Jadi Mangsa Atas Kebaikan Hati Sendiri
sukawg
111965
Forum Jump: