2 Lelaki Tunggang Ex5 Maut Tertimbus Tanah Runtuh

Offline
01-12-2018, 11:23 AM,
#1
resim
TANAH runtuh di Jalan Marak Parak, Kota Marudu-Ranau, pagi tadi. - Foto ihsan IPD Kota Marudu

resim
ANGGOTA bomba melakukan operasi bagi mengeluarkan mangsa tanah runtuh di Jalan Marak Parak, Kota Marudu-Ranau, pagi tadi. - Foto ihsan IPD Kota Marudu

resim
ANGGOTA bomba melakukan operasi bagi mengeluarkan mangsa tanah runtuh di Jalan Marak Parak, Kota Marudu-Ranau, pagi tadi. - Foto ihsan IPD Kota Marudu

KOTA MARUDU: Dua lelaki maut ditimbus tanah selepas motosikal dinaiki terjatuh dalam kejadian jalan raya runtuh di Kilometer 36, Jalan Marak Parak/ Ranau, di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Jaimin Bien, 46, dari Kampung Tandahawon dan Edmon James, 22, dari Kampung Melangkap.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, berkata polis menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.30 pagi.

Katanya, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang Jaimin dilaporkan terjatuh dalam runtuhan berkenaan, sebelum kedua-dua mangsa ditimbus tanah.

"Anggota polis bersama bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bergegas ke tempat kejadian.

"Mayat kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan oleh pihak bomba," katanya di sini, hari ini. - BHarian

Possibly Related Threads...
Penunggang Maut Honda Cbr Terbabas Di Lpt2
Bunuh Isteri Lepas Syak Curang, Lelaki Perak Didakwa Hari Ini
Pukul Sampai Mati, Lelaki Orang Asli Didakwa Bunuh Pakcik Sendiri
9 Maut Dirempuh Di Tapah, Pemandu Lori Didakwa Hari Ini
Ibu Mana Tak Risau Anak Gadis Dilarikan Lelaki Rohingya
Bom Ibu Bapa Angkat Di Gua Musang Pada 2015, Lelaki Dipenjara 20 Tahun
Pemandu Nyaris Maut Wira Terjunam Dari Atas Jejambat
Warga Emas Maut Kia Spectra Dipandu Rempuh Tembok Rumah
Oku Maut Motosikal 3 Roda Dirempuh Saga
Lelaki Ditahan Samun Stesen Petronas Yang Sama 3 Kali



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 47
2 Lelaki Tunggang Ex5 Maut Tertimbus Tanah Runtuh
sukawg
115065
Forum Jump: