2 Mekanik Didakwa Hari Ini Perkosa Gadis

Offline
01-11-2018, 02:58 PM,
#1
resim
Dua mekanik didakwa kerana merogol seorang pembantu kedai manakala seorang lagi dituduh kerana menyamar sebagai pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang ((JAIP) dalam kejadian disember lalu di Mahkamah Sesyen Kompleks Mahkamah Indera Mahkota. - Foto Farizul Hafiz Awang

KUANTAN: Dua mekanik didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini kerana merogol seorang wanita yang juga pembantu kedai pada 29 Disember lalu.

Tertuduh, Mohd Kamaruzzaman Mohd Kamarul Ariffin dan Muhd Azrul Nizam Azri, masing-masing 30 tahun dan berasal dari Kuantan, didakwa secara berasingan merogol mangsa berusia 20 tahun di sebuah rumah dekat Lorong Setali 89, dekat sini, antara jam 2 pagi hingga jam 3.30 pagi pada tarikh berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Norfatinah Abu Bakar di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 20 tahun dan sebat.

Mohd Kamaruzzaman diwakili peguam Muhamad Saifuldin Ab Rahman, manakala Muhd Azrul diwakili peguam, Aiman As'ad Mohd Ghani dan kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim kemudian menetapkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh sebutan kes semula pada 15 Februari ini.

Di Mahkamah Majistret 2, di sini, Mohd Kamaruzzaman dan Muhd Azrul mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada wanita yang dirogol sehingga mangsa menyerahkan wang tunai RM200 dan telefon bimbit jenama Nokia 3 bernilai RM609.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di tepi Pantai Teluk Cempedak jam 10.30 malam, 28 Disember lalu.

Bagi kes berkenaan, tuduhan dilakukan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama itu oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohamad Shahrizzat Amadan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Mereka boleh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 15 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula dan mengarahkan kedua tertuduh masing-masing diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, mereka bersama seorang lagi rakan mereka yang juga seorang mekanik, Mohd Badrul Rashidan Hanipha, 19 tahun turut dihadapkan di Mahkamah Majisret 1 kerana didakwa menyamar sebagai pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada tarikh, masa dan tempat sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduanya sekali.

Majistret Nurunaim Abdullah menetapkan 25 Januari ini bagi tarikh serahan dokumen berkaitan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Muhd Azrul turut didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan di mahkamah sama kerana menyimpan harta curi iaitu telefon bimbit milik mangsa bernilai RM609.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu dan mahkamah menetapkan supaya diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 15 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - BHarian

Possibly Related Threads...
Gadis Ditipu Bayar Deposit Untuk Kerja Jual Tubuh
Luluh Hati Isteri Lihat Sendiri Suami Perkosa Anak Di Sungai Petani
Pegawai Penguatkuasa Perkosa Gadis Yang Dicekup Khalwat
Sudah Ada Isteri Untuk Seks Halal, Tapi Pilih Perkosa Anak Tiri
Gadis Diperkosa Teman Lelaki Sebelum Diratah Lagi 2 Rakan Lain
Abang Didakwa Cabul Adik Sendiri Dalam Tandas
Janda Didakwa Lepas Tunjuk Punggung Untuk Promosi Krim Pemutih Di Facebook
Anggota Polis Didakwa Berbogel Depan Jiran Di Melaka
9 Remaja Didakwa Perkosa Gadis Di Gemencheh, Mengaku Salah
Gadis Universiti Nyaris Diperkosa Lelaki Indon Dalam Tandas



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 65
2 Mekanik Didakwa Hari Ini Perkosa Gadis
sukawg
115043
Forum Jump: