2 Penjenayah Curi Sebungkus Kuaci Berjaya Diberkas

Offline
01-22-2018, 08:52 PM,
#1
resim
Mohd Ali memegang bungkusan kuaci, minyak rambut dan deodoran yang dirampas daripada dua suspek pada sidang media hari ini.

IPOH - Dua penjenayah bukan sahaja melarikan wang tetapi sempat mengambil sebotol minyak rambut, dua botol deodoran dan sebungkus kuaci dalam kejadian samun di sebuah kedai serbaneka, Jalan Silibin, Taman Alkaf di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, salah seorang suspek berjaya ditangkap oleh pemilik kedai dan diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, kedua-dua suspek bersenjatakan pisau telah menyamun kedai berkenaan dan melarikan barang terbabit sebelum dicekup oleh orang awam.

Menurutnya, tangkapan pertama dilakukan terhadap lelaki berusia 31 tahun di hadapan kedai terbabit.

"Berpandukan itu, polis berjaya menahan suspek kedua berusia 21 tahun kira-kira 30 minit kemudian di belakang bangunan premis sama.

"Polis merampas ketiga-tiga barang terbabit termasuk wang tunai berjumlah RM266," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata, siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek merupakan orang tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) di bawah pengawasan Balai Polis Manjoi dan Jelapang.

"Suspek mempunyai rekod jenayah dalam kegiatan samun dan curi motosikal. Suspek kedua baharu sahaja diletakkan dibawah pengawasan Balai Polis Manjoi pada 5 Januari lalu.

"Mereka kini direman sehingga 28 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun bersenjata," katanya. - Sinar

Possibly Related Threads...
Lelaki Disyaki Cuba Curi Kabel Ditemui Mati Sebelah Tiang Elektrik
Curi Iphone Cikgu: Keluarga Mahu Tengok Sendiri Cctv
Pemuda Rentung Dibakar Penduduk Kampung Kerana Curi Kambing
Pelajar Tingkatan 2 Dicekup Curi Telefon Bimbit Di Rumah Staf Sekolah
Kereta Guna Sistem Tanpa Kunci 'keyless' Berisiko Kena Curi
Rakaman Cctv Kabur, Belum Pasti Vasanthapiriya Yang Curi Iphone Cikgu
Pegawai Kanan Pdrm Ditahan Miliki Toyota Estima Curi
Pelajar Dituduh Curi Iphone Cikgu Meninggal Dunia, Rupanya Tercicir Di Kedai Makan
Penjenayah Dikehendaki Mati Terjun Tingkat 3 Elak Ditahan Polis
Wanita Cantik Dipenjara Curi 9 Beg Tangan Berjenama Di Butik



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 42
2 Penjenayah Curi Sebungkus Kuaci Berjaya Diberkas
sukawg
115327
Forum Jump: