2 Polis Trafik Maut Dirempuh Lori Pikap Ketika Konvoi

Offline
10-12-2017, 06:32 PM,
#1
resim

CHUKAI: Dua anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis daerah Dungun maut, selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi terbabit dalam kemalangan di Kilometer 139, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, dekat Teluk Kalung, di sini, petang ini. 

Kemalangan kira-kira jam 2.25 petang tadi mengorbankan Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, dan Koperal I Suresh, 36, di tempat kejadian.

Ketika kejadian, dua anggota trafik itu bersama tujuh pegawai dan 18 anggota trafik lain dalam konvoi menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan menunggang jarak jauh motosikal berat. 

Ketua Polis daerah Kemaman,  Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata mereka menyertai latihan itu di Mersing, Johor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu. 

Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian, sebuah lori kecil jenis KIA dipercayai memasuki laluan konvoi terbabit lalu merempuh dua motosikal jenis CBX 750 yang ditunggangi mangsa.

"Berikutan kejadian itu kedua-dua anggota terbabit tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

 Mohd Said berkata, jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut. 

"Kita menahan pemandu dan kelindan lori terbabit untuk siasatan lanjut serta melakukan ujian saringan air kencing. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian," katanya. - BHarian


resim
resim
DUA anggota polis dalam konvoi dari Mersing ke Kuala Terengganu maut selepas motosikal mereka dirempuh lori di Bukit Kuang, Kijal, Kemaman

resim

Possibly Related Threads...
Warga Tua Maut Pondok Dihempap Pokok Durian
Cikgu Tak Sedar Vios Terbakar Sehinggalah Ditahan Polis Trafik
Lori Ayam Terbalik, Kelindan Terbunuh, 3,000 Ekor Ayam Mati
Polis Kedah Tahan Lelaki Bersama Setengah Tan Ganja
Pelajar Lelaki Maut Jatuh Tingkat 5 Asrama Perempuan Unimap
Langgar Mati Polis Trafik: Pemandu Lori Didakwa Sebabkan Kematian
Wartawan Penyiasatan Terkenal Maut Diletupkan
2 Maut, 10 Cedera Lepas Van Kilang Dirempuh Myvi
Lelaki Maut Besi Penghadang Jalan Tembus Toyota Avanza
Bukit Aman Tahan 5 Polis Periksa Pendatang Ketika Bukan Operasi



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 35
2 Polis Trafik Maut Dirempuh Lori Pikap Ketika Konvoi
sukawg
113275
Forum Jump: