2 Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Seychelles

Offline
07-14-2017, 03:28 PM,
#1


resim
resim

VICTORIA 14 Julai - Pihak berkuasa Seychelles melaporkan penemuan dua serpihan yang dipercayai milik pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370 yang hilang pada tahun 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal.



Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Seychelles (SCAA) dalam satu menyataan berkata, saintis yang menjalankan penyelidikan mengenai burung dan penyu menemui serpihan berkenaan terdampar di Farqhar.

Menurutnya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia yang menyatakan minat untuk bekerjasama.

“Arah arus laut menunjukkan kemungkinan serpihan itu berasal dari lokasi lain yang dilaporkan turut menemui kepingan pesawat berkenaan di beberapa negara Lautan Hindi,” kata pegawai kanan SCAA yang enggan dikenali.

Sementara itu Jurucakap Agensi Pentadbir Kepulauan Seychelles, Michael Payet mengesahkan, serpihan terbesar daripada kedua-dua objek itu adalah sepanjang 120 sentimeter dan 30 sentimeter lebar, dipercayai diperbuat daripada aluminium dan gentian karbon.

“Ia mungkin sebahagian daripada penutup enjin,” jelasnya. - Utusan

Possibly Related Threads...
Ocean Infinity Sah Cari Semula Mh370
Laluan Mh370 Sama Seperti Dalam Simulator Kapten Zaharie, Kata Laporan Atsb
Jangan Kaitkan Pembunuhan Konsul Kehormat Malaysia Ke Madagascar Dengan Mh370
Mh370 Dipercayai Berkubur Di Utara Lokasi Pencarian
3 Tahun Mh370: Maira Terus Merindui Bapa
Hari Ini Genap 3 Tahun Kehilangan Mh370
Kenapa Tak Pintas Pesawat Mh370? Menteri Beri Alasan ' Rahsia'
Lagi Serpihan Pesawat Dijumpai Di Afrika Selatan
Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Pantai Afrika Selatan
Siri Dialog Mh370 Dengan Waris Dalam Masa Terdekat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 132
2 Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Seychelles
sukawg
111390
Forum Jump: