20 Fakta Menarik Mengenai The Exchange 106

Offline
03-12-2018, 04:31 AM,
#1
berikut adalah fakta menarik mengenai The Exchange 106:

1 . Bangunan ini dibina di dalam Daerah Kewangan Antarabangsa yang sedang giat dibina iaitu Tun Razak Exchange (TRX), yang walaupun terletak dekat dengan bulatan Kampung Pandan, masih dianggap terletak di dalam Segi Tiga Emas Kuala Lumpur, iaitu pusat komersial utama negara.

2. Apabila siapnya kelak, yang dijangka pertengahan tahun ini juga, bakal menjadi bangunan tertinggi di negara ini iaitu 492 meter, mengatasi Menara KLCC (452 m) sebanyak 40 meter. Dan juga tertinggi di Asia Tenggara dan antara 15 menara tertinggi di dunia.

3. Bagaimanapun, mahkota tertinggi itu akan diserahkan kepada Menara Merdeka PNB 118 apabila bangunan yang dimiliki Permodalan Nasional Berhad itu siap pada 2024.

4. Puncak Exchange 106 setinggi 12 tingkat akan dihiasi dengan dinding kaca yang akan dicahayakan mengguna teknologi LED.

5. Exchange 106 akan memiliki ruang lantai berjumlah 2.6 juta kaki persegi, dengan 300,000 kaki persegi daripadanya adalah untuk ruang runcit meliputi lima tingkat pertama bangunan.

6. Setakat Januari lalu, dilaporkan lebih daripada separuh bangunan setinggi 106 tingkat itu telah ditempah oleh pelanggan, terutamanya institusi kewangan tempatan yang mengambil antara dua hingga lapan tingkat.

7. Bangunan ini diletakkan setaraf dengan bangunan di pusat kewangan antarabangsa utama lain di dunia seperti Canary Wharf dan The Shard di London; Freedom Tower di New York dan IFC di Shanghai.

8. Ini menyaksikan The Exchange 106 diletakkan harga sewa RM17 sekaki persegi, sebanyak 47 peratus bangunan itu telah rasmi dimeterai penyewa dan 9 peratus sedang dirundingkan setakat Januari lalu.

9. Apabila siap pertengahan tahun ini, penyewa dijangka mula masuk ke dalam bangunan ini pada suku ketiga tahun ini.

10. Bangunan ini menerima persijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan status MSC, menyaksikan ia menawarkan teknologi tercanggih di dalam bangunan termasuk cermin tebat berprestasi tinggi, sistem cekap tenaga MEP dengan penarafan Star, 100 peratus pencahayaan LED dan teknologi lif paling terkini.

11. Exchange 106 juga akan memaparkan siling tinggi menggunakan kayu English Burl, lantai marmar dan dinding berkualiti tertinggi pada lobi dan kawasan umum, dan ruang pejabat tanpa tiang yang luas sehingga 34,000 kaki persegi, direka untuk ruang fleksibel dan ruang dalaman terbuka.

12. Pintu masuk lobinya adalah setinggi 15 meter, sebagai akses utama yang menyaingi reka bentuk hotel lima bintang di rantau ini.

13. MOF Inc. menerusi anak syarikat milik penuhnya, MKD Signature Sdn. Bhd. (MKD) mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam Mulia Property Development Sdn. Bhd. (Mulia) pada Julai 2017.

14. Mulia, syarikat yang diperbadankan di Malaysia mempunyai modal saham berbayar sebanyak RM500,000 turut dimiliki secara usaha sama oleh The Mulia Group yang mempunyai kepentingan 49 peratus dalam syarikat itu.

15. Kos pembangunan menara TRX akan ditanggung oleh kedua-dua pemegang saham tersebut berdasarkan kedudukan saham mereka dalam syarikat usaha sama itu dengan mengambil kira kos asal pembangunan.

16. MKD pula telah membuat pengiraan dengan HSBC Bank sebagai langkah bersiap sedia untuk membiayai kos pembinaan berkadar sebanyak 51 peratus tanpa sebarang tambahan premium dikenakan.

17. Pada Mei 2015, Mulia membeli tanah TRX seluas 1.38 hektar pada harga RM665 juta daripada TRX City Sdn. Bhd. Penjualan tanah TRX dibuat atas terma komersial tanpa sebarang diskaun diberikan kepada Mulia.

18. Keseluruhan kawasan pembangunan TRX dianggarkan mempunyai nilai pembangunan kasar berjumlah RM40 bilion.

19. Pembangunan menara TRX yang lengkap akan menjadi pemangkin pembangunan dan pembinaan bagi plot komersial di sekitar TRX.

20. Antara syarikat yang menyertai pembangunan tersebut termasuk HSBC, Prudential Insurance, Affin Bank Berhad, Tabung Haji dan Lendlease.

Possibly Related Threads...
106 Soal-jawab Mengenai Gst Yang Anda Mungkin Tak Tahu
Mohon Bantuan Hebahan Mengenai Kehilangan Buah Kereta 4x4 No Pendaftaran Cac 596.
10 Fakta Kesilapan Utusan Malaysia Mentafsir Basyar Al-assad Sebagai Pejuang Islam
[Info] Fakta Tentang Minuman Tin Jolly Shandy Keluaran Carlsberg.
Video Fakta Saintifik Santa Clause Masa Kini Dan Kerja Hantar Hadiah
Wasiat : Infografik 10 Jenis Yang Paling Menarik
Fakta ! Sebab Pemain Bola Epl Pakai Bunga Merah Pada Jersey Setahun Sekali ?
Fakta Si Kentut-silent But Deadly
Fakta Menarik Tentang Anjing Dogs (21 Gambar)
50 Fakta Gila Tentang Rambut



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 44
20 Fakta Menarik Mengenai The Exchange 106
NorCun
116267
Forum Jump: