20 Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang Rohingya

Offline
05-27-2015, 09:58 AM,
#1
resim


1. Bangsa Rohingya merupakan kumpulan etnik indo-aryan.

2. Bangsa Rohingya adalah penduduk asal yang menetap di Rakhine atau dikenali sebagai Arakan pada satu ketika dulu.

3. Masyarakat Rohingya menganut agama Islam.

4. Bangsa Rohingya mempunyai persamaan budaya, bahasa dan bentuk fizikal bangsa Bengali yang berada di Asia Selatan.

5. Populasi Rohingya di Myanmar dianggarkan sebanyak 1-2 juta orang.

6. Rohingya adalah etnik minority di Myanmmar.

7. Kerajaan Junta Myanmar tidak mengiktiraf Etnik Rohingya sebagai warganegara.

8. Akta Kewarganegaraan 1982 tidak mengiktiraf Rohingya sebagai sebahagian sebuah bangsa di Myanmmar.

9. Untuk mendapat status warganegara, masyarakat Rohingya wajib membuktikan bahawa moyang mereka sudah menetap di Myanmar sebelum tahun 1823.

10. Pelajar Rohingya dilarang untuk memasuki sekolah menengah awam.

11. Masyarakat Rohingya di jadikan buruh paksa tanpa gaji untuk membina projek kerajaan seperti jalan raya.

12. Tiada aktivis di Myanmar termasuk Aung San Suu Kyi lantang membela nasib orang Islam Rohingya.

13. Pada Oktober 2012, lebih kurang 2800 rumah penempatan masyarakat Islam Rohingya dibakar dan gambar satelit menunjukkan seluas 14.5 hektar penempatan penduduk Rohingya musnah dalam waktu yang singkat.

14. Terdapat 2 kumpulan yang dipercayai bertanggungjawab ke atas penindasan terhadap Rohingya iaitu penduduk Rakhine yang beragama Budha dan juga dari pihak kerajaan, tentera Myanmmar.

15. Media dilihat sebagai pihak yang bertanggungjawab menyebarkan provakasi dan kebencian terhadap Rohingya.

16. Bangsa Rohingya menetap di negeri Rakhine yang terletak diutara yang bersempadan dengan Bangladesh.

17. Masyarakat Rohingya tidak dibenarkan bergerak bebas tanpa kebenaran rasmi dari kerajaan.

18. Pasangan bangsa Rohingya dikhendaki mendatangani suatu perjanjian dimana mereka tidak dibenarkan mempunyai lebih dari dua orang anak.

19. Menurut Amnesty International, masyarakat Rohingya telah menderita hasil dari ketidakadilan dan pelanggaran hak asasi manusia dari tindakan dictator ketenteraan sejak tahun 1978.

20. Pada 29 Mar 2014, kerajaan Myanmmar telah mengharamkan penggunaan perkataan “Rohingya” dan menukar bangsa Rohingya kepada “Benggali”.



Possibly Related Threads...
Negara Yang Menggembirakan Mungkin Juga Negara Yang Tercantik Di Dunia
Jambatan Yang Mengerikan Di Jepun
Foto Osama Bin Laden Yang Jarang Ditemui Didedahkan
19 Gambar Filem Back To The Future Yang Betul Dan Telah Ada Sekarang Menakjubkan
Kitab Taurat Yang Mungkin Paling Tua Di Dunia ditemui
Tragedi Kapal Tldm Kd Sri Perak Yang Tenggelam..
Orang Yang Paling Bertanggung Jawab Terhadap Bangkitnya Jihad Di Abad 20.
Presiden Uganda Yang Sewel - Idi Amin Dada
Kronologi Kematian Botak Chin Di Tali Gantung Yang Mungkin Kita Tidak Tahu.
Poligami - Sejarah Yang Khusus Dan Umum.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 1024
20 Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang Rohingya
ringgit maker
95968
Forum Jump: