29 Jun: Harga Minyak Dunia Naik

Offline
06-29-2017, 02:18 PM,
#1
resim

SINGAPURA: Harga minyak mentah dunia meningkat untuk enam sesi berturut-turut hari ini, ke paras tertinggi sejak 19 Jun berikutan kejatuhan dalam output Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, peningkatan kebimbangan mengenai lebihan bekalan global memberi tekanan. 

Harga kontrak minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) meningkat 28 cents atau 0.6 peratus kepada AS$44.01 setong pada 0215 GMT, sementara penanda aras kontrak hadapan Brent naik 28 cents atau 0.6 peratus kepada AS$47.59 setong. 

"Peningkatan pantas dalam penggalian minyak syal dan peningkatan besar tidak dijangkakan dalam pengeluaran di Libya/Nigeria kini dalam landasan tepat untuk memperlahankan pengurangan stok 2017," kata bank pelaburan, Goldman Sachs. 

"Ini menimbulkan risiko bahawa normalisasi dalam inventori tidak akan dicapai apabila pengurangan OPEC berakhir Mac depan. 

Kami jangka ini akan menyebabkan harga didagangkan menghampiri paras AS$45 (setong) sehingga terdapat bukti pengurangan dalam jumlah pelantar minyak AS, pengurangan stok yang berterusan atau pengurangan tambahan oleh OPEC," katanya. 

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) berkata stok minyak mentah meningkat 118,000 tong minggu lalu, sementara pengeluaran mingguan jatuh 100,000 tong sehari kepada 9.3 juta tong sehari. Ia adalah kejatuhan terbesar output mingguan sejak Julai 2016. - REUTERS/BHarian

Possibly Related Threads...
Harga Minyak Naik, Cecah Paras Tertinggi Sebulan
Permintaan Minyak Dunia Diramal Susut Tahun Depan
Harga Minyak Dijangka Usd60 Hujung Tahun Ini
28 Jun: Harga Minyak Naik 2 Peratus
22 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh, Terendah 10 Bulan
20 June: Harga Minyak Dunia Susut, Terendah Dalam 7 Bulan
9 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh
7 June: Harga Minyak Naik, Brent Usd50.12
Harga Minyak Naik Melambung Susulan Krisis Qatar
Harga Minyak Dunia Hampiri Usd55 Setong



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 744
29 Jun: Harga Minyak Dunia Naik
sukawg
111100
Forum Jump: