29 Sept: Harga Brent Terus Turun

Offline
09-29-2017, 02:30 PM,
#1


resim

NEW YORK: Harga minyak meneruskan kejatuhannya semalam daripada paras tertinggi 2015 yang dicapai pada awal minggu ini susulan ketegangan di utara Iraq.



Rantau Kurdistan yang cenderung mengundi untuk kemerdekaannya kini mencetuskan kebimbangan baharu dalam pembekalan bahan api itu.

Minyak mentah menyaksikan kenaikan ketara sejak dua minggu setengah apabila pelabur memantau rapat permintaan baharu daripada operasi penyuling AS yang meneruskan operasi selepas penutupan bencana Harvey.

Pengeluar minyak utama dunia turut memberikan petunjuk akan mengekalkan komitmen pengurangan pembekalan minyak.

Minyak mentah AS naik sembilan peratus dalam tempoh 14 hari dagangan dengan Brent naik tujuh peratus sepanjang tempoh terbabit.

Kedua-dua penanda aras menghampiri paras pembelian terhampir berdasarkan indeks relativiti pengukuhan yang mengukur kepantasan dan magnitud pergerakan harga minyak.

Harga minyak AS turun AS$0.58 atau 1.1 peratus kepada AS$51.56 setong selepas mencecah paras lima bulan tertinggi kepada AS$52.86.

Brent pula turun AS$0.49 atau 0.9 peratus kepada AS$57.41 setong selepas mencecah paras dua tahun tertinggi kepada AS$59.49 pada Selasa selepas undian referandum Isnin yang menyaksikan Turki mengeluarkan ancaman untuk menutup saluran paip bahan api di rantau itu. - Reuters/BHarian

Possibly Related Threads...
Harga Brent Naik, Tertinggi Dalam 5 Bulan
Harga Minyak Naik, Cecah Paras Tertinggi Sebulan
Harga Minyak Dijangka Usd60 Hujung Tahun Ini
29 Jun: Harga Minyak Dunia Naik
28 Jun: Harga Minyak Naik 2 Peratus
22 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh, Terendah 10 Bulan
20 June: Harga Minyak Dunia Susut, Terendah Dalam 7 Bulan
9 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh
7 June: Harga Minyak Naik, Brent Usd50.12
Harga Minyak Naik Melambung Susulan Krisis Qatar



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 324
29 Sept: Harga Brent Terus Turun
sukawg
113027
Forum Jump: