3 Datuk Ditahan Tipu Pelaburan Forex Fx United

Offline
02-14-2018, 12:47 PM,
#1
resim
TIGA lelaki bergelar Datuk ditahan polis dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan pelaburan forex atau dikenali sebagai Fx United yang membabitkan kerugian bernilai RM6.2 juta. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Polis menahan tiga lelaki bergelar Datuk dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan pelaburan forex dikenali Fx United yang membabitkan kerugian bernilai RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komerisal (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, ketiga-tiga suspek ditahan dalam empat serbuan serentak di sekitar ibu negara, Ahad lalu.

“Dalam serbuan tersebut, kita turut merampas beberapa barangan mewah iaitu 13 kereta pelbagai jenis, tiga buah motosikal, 10 ketul emas dan pelbagai jam serta beg tangan berjenama.

“Sebanyak 116 laporan polis diterima dan kita telah membuka 30 kertas siasatan. Bagaimanapun, kita jangka lebih 70,000 individu telah menjadi mangsa dengan nilai kerugian mencecah lebih RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di Menara 238 di sini hari ini. - Utusan

Possibly Related Threads...
Lelaki Ditahan Gara-gara Baling Surat Saman Ke Arah Polis
Sarjan Polis Ditahan Sprm Minta Rasuah Rm13,000
Penyamun Masuk Perangkap, Ditahan Jual Kamera Kepada Pemiliknya
Remaja Ditahan Tumbuk Kepala Anggota Polis Trafik
Mat Despatch Ditahan Hina Polis Di Facebook
Janda Ditahan, Dalang Pecah Tabung Masjid
2 Polis Ditahan Sprm Terima Rasuah Secara Bulanan
Bapa Ditahan Pijak, Hempas 2 Anak Ke Lantai Di Segamat
Wanita Ditahan Jual Datuk Pahang Dengan Harga Rm400,000
Pegawai Kanan Pdrm Ditahan Miliki Toyota Estima Curi



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 26
3 Datuk Ditahan Tipu Pelaburan Forex Fx United
sukawg
115889
Forum Jump: