3 Helai Rambut Rasulullah Antara Tarikan Pameran Di Melaka

Offline
05-16-2016, 08:10 PM,
#1
resim
TIGA helai rambut Nabi Muhammad antara tarikan Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat yang berlangsung di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka, bermula semalam hingga 2 Jun depan. - Foto Nazri Abu Bakar

MELAKA: Tiga helai rambut Nabi Muhammad antara tarikan Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat yang berlangsung di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, di sini, bermula semalam hingga 2 Jun depan.

Pengurus pameran, Mohd Nor Ismail, berkata sejak ia dibuka semalam, lebih 5,000 pengunjung dari dalam dan luar negara mengunjungi pameran yang menghimpunkan sebanyak 40 artifak Rasulullah dan sahabat baginda.

Turut dipamerkan pada pameran anjuran syarikat Warisan MAR dan Ano Ventures Sdn Bhd adalah capal, kesan tapak kaki, cop mohor, pasir dari makam, kain penutup makam, darah bekam Rasulullah SAW dan kunci Kaabah.

"Selain itu, kiswah Kaabah, pedang sahabat nabi, al-Quran emas, alat pembedahan dari Turki pada kurun ke-12, jam matahari dan peralatan astronomi serta artifak cucu Rasulullah, Saidina Hasan dan Saidina Husin.

"Sememangnya amat sukar untuk membawa artifak berkenaan ke negara ini kerana pelbagai perkara perlu diselesaikan, tetapi atas usaha Pengerusi Warisan MAR, Prof Dr Abd Manab Embong dan kerjasama bersama, akhirnya ia (pameran) menjadi kenyataan," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Antara artifak yang dipamerkan pada pameran itu dibawa dari Makkah, Madinah, Syria, India, selain koleksi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Mohd Nor berkata, sambutan daripada pengunjung membuktikan pameran berunsur keislaman mampu menarik minat masyarakat, terutama generasi muda untuk mengunjungi Masjid Al-Azim, sekali gus menghayati sejarah serta keagungan Islam.

"Berdasarkan sambutan luar biasa, pihak penganjur bakal menyambung tempoh pameran sehingga 22 Jun depan bersempena sambutan Jubli Perak Masjid Al-Azim," katanya. - BH

Possibly Related Threads...
Kisah Seorang Lelaki Yg Ingin Memukul Rasulullah Saw
Qasidah Ishfaq Lana - Darul Hadis. Syafaatkan Kami Ya Rasulullah
Qasidah Isyfa'lana Ya Rasulullah Ya Nabi "lirik" Please Share
Ilmu Perubatan Islam : Rasulullah Saw Tidak Pernah Ubati Pesakit Yg Datang Berjumpa
Baka Kucing Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎
Senarai Tentera Badar Al-kubra Yang Diketuai Oleh Rasulullah S.a.w-313 Vs 1000
Ramainya Nak Tengok Rambut Nabi Di Keramat Hazratbal Kashmir (12 Gambar)
Cara Rasulullah Saw Sambut Ramadhan
Sayangnya Rasulullah Kepada Umatnya
10 Wasiat Rasulullah Saw Kepada Puterinya Fatimah Az Zahra



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 1792
3 Helai Rambut Rasulullah Antara Tarikan Pameran Di Melaka
sukawg
102680
Forum Jump: