3 Tahun Mh370: Maira Terus Merindui Bapa

Offline
03-09-2017, 03:49 PM,
#1
resim
resim
Andrew Nari bergambar bersama Dato LCW

KUALA LUMPUR 8 Mac – Hari ini genap tiga tahun sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, namun rindu Maira Elizabeth Nari terhadap bapa*nya tidak pernah pudar.

Gambaran kerinduan Mai*ra Elizabeth yang merupakan anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari itu boleh dilihat melalui akaun Instagram yang seringkali memuatkan foto Andrew Nari.

Yang terbaharu hari ini, Maira Elizabeth memuat naik gambar Andrew Nari dengan luahan betapa dia merindukan bapanya sehingga hari ini.

“Bau pewangi yang dipakai ayah (Andrew Nari) semasa me*nunggu kenderaan akan terus diingati.

“Dan setiap tahun pada tarikh ini, saya masih ingat apa yang terjadi hari ini dan sepanjang masa saya akan berfikir mengenai ayah,” katanya di dalam akaun Instagram hari ini.

Dalam pada itu, kesayuan hati Intan Maizura Othman, isteri pramugara, Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan, mengenangkan suaminya menerusi Twitter dengan sekeping gambar pesawat MAS yang sedang terbang di udara dengan ucapan ‘selamat malam’.

“Allah tidak akan meninggalkan kamu, Dia akan menggantikan apa sahaja yang kamu hilang,” katanya.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Pesawat itu masih belum ditemui walaupun operasi mencari besar-besaran dijalankan di selatan Lautan Hindi, lokasi di mana pe*nerbangan pesawat itu dipercayai ‘berakhir’ selepas beralih daripada laluan asalnya. - Utusan

Possibly Related Threads...
Ocean Infinity Sah Cari Semula Mh370
Laluan Mh370 Sama Seperti Dalam Simulator Kapten Zaharie, Kata Laporan Atsb
Jangan Kaitkan Pembunuhan Konsul Kehormat Malaysia Ke Madagascar Dengan Mh370
2 Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Seychelles
Mh370 Dipercayai Berkubur Di Utara Lokasi Pencarian
Hari Ini Genap 3 Tahun Kehilangan Mh370
Kenapa Tak Pintas Pesawat Mh370? Menteri Beri Alasan ' Rahsia'
Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Pantai Afrika Selatan
Siri Dialog Mh370 Dengan Waris Dalam Masa Terdekat
Isteri, 2 Anak Penumpang Mh370 Mohon Sepina Najib



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 242
3 Tahun Mh370: Maira Terus Merindui Bapa
sukawg
108615
Forum Jump: