46 Juta Data Rakyat Malaysia Dijual Serendah Rm32,000

Offline
11-14-2017, 09:46 PM,
#1
Penjual dan pembeli tak dapat dikesan


resim
resim
resim

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Syarikat pembekal perkhidmatan keselamatan siber serantau, Quann Malaysia mendedahkan 46.2 juta data pengguna telefon mudah alih tempatan boleh dibeli tanpa mendedahkan identiti penjual serta pembeli dengan harga serendah RM32,000.



Pengurus Besarnya, Ivan Wen berkata, maklumat tersebut boleh digunakan oleh penggodam untuk menjalankan serangan kejuruteraan sosial seperti menipu pengguna dengan membocorkan maklumat kewangan dan kata laluan atau membuat ‘klon’ telefon yang mana identiti pengguna disalin ke telefon lain.

Katanya, hampir mustahil untuk menghentikan sebarang jualan data yang bocor, melainkan jika syarikat-syarikat yang terjejas membayar tebusan kepada penggodam atau pencuri data.

“Walau bagaimanapun, membayar tebusan tidak menjamin bahawa data tidak akan dibocorkan. Oleh itu, kami tidak menggalakkan syarikat untuk berbuat demikian.

“Penentuan harga yang sangat menarik untuk data yang begitu akan membawa kepada peningkatan jumlah pembeli yang yakin mereka tidak boleh dijejaki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, urusniaga secara tanpa nama antara penjual dan pembeli bagi mendapatkan data 46.2 juta itu dijalankan menggunakan matawang digital, Bitcoin.

Ivan mendedahkan, ming*gu lalu sampel senarai yang mengandungi data pengguna telefon mudah alih negara ini daripada syarikat-syarikat telekomunikasi sejak 2014 telah mula dijual.

“Ketirisan tersebut melibatkan nombor telefon pascabayar dan prabayar, maklumat pelanggan, alamat serta maklumat kad sim termasuk nombor unik identiti antarabangsa peralatan (IMEI) dan Identiti Pelanggan Telefon Bimbit Antarabangsa (IMSI).

“Tidak jelas pada masa ini sama ada tebusan dituntut dari penyedia telekomunikasi. Walau bagaimanapun, dipercayai keseluruhan senarai kini dijual pada 1 bitcoin atau RM32,000. Jualan di bitcoin bermaksud bahawa mana-mana syarikat atau orang boleh secara tanpa nama membeli seluruh senarai (data pengguna Malaysia) dari penggodam yang tidak dikenali.

“Setakat ini walaupun transaksi Bitcoin sebenarnya bersifat telus, identiti kedua penjual dan pembeli kekal tanpa nama dan tidak dapat dijejaki. Beberapa negara belum lagi menetapkan peraturan Know-Your-Customer (KYC) yang sesuai dengan pembelian bitcoin,” ujarnya.

Ivan berharap, pihak berkuasa dan pembuat dasar akan mengambil tindakan untuk memasukkan proses dan peraturan yang lebih jelas.

“Contohnya dalam undang-undang keselamatan siber akan datang dapat diperhalusi bagi menjejaki pembelian dan urus niaga di bitcoin dalam kalangan rakyat Malaysia sekali gus membolehkan transaksi pembelian data dapat dijejaki. - Utusan

Possibly Related Threads...
Rakyat Meluat Anak Mugabe Tayang Kehidupan Mewah, Ada Kereta Batman
Baju Raya Hello Kitty Yang Jadi Viral Dijual Rm50,000
Dbkl Belanja Rm3 Juta Hanya Untuk Cabut Iklan Ahlong
Pm Singapura Tuduh Malaysia Semak Semula Pulau Batu Puteh Kerana Mahu Pilihanraya
Akhirnya Babi Hidup Malaysia Dibenar Masuk Singapura Selepas 18 Tahun
Malu Orang Malaysia Tak Pandai Cakap Melayu, Tegur Lelaki Cina
Ahli Politik Indonesia Terlibat Rasuah Rm700 Juta Buat-buat Sakit Elak Disiasat
Kereta F1 Dipandu Michael Schumacher Dilelong Rm31.2 Juta
Berlian Terbesar Bakal Dilelong Rm104 Juta Di Geneva
Penduduk Kampung Disaman Rm2 Juta Bina Jalan Tanpa Izin



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 32
46 Juta Data Rakyat Malaysia Dijual Serendah Rm32,000
sukawg
113647
Forum Jump: