5 Beranak Masih Tinggal Dalam Hutan Di Kuala Nerang

Offline
09-21-2017, 07:52 AM,
#1
resim
Nur Hidayah dan suaminya serta tiga anak mereka hanya mampu tinggal di pondok empat tingkat yang dibuat daripada kayu hutan. Gambar kecil: Nur Hidayah.

KUALA NERANG - Sepasang suami isteri bersama tiga anak mereka kini terpaksa tinggal di dalam hutan di Kampung Tualak, Mukim Belimbing Kiri, di sini.

Nur Hidayah Rosilizam, 23, berkata, dia dan suaminya, Mohd Rizuan Yakob, 26, bersama tiga anak mereka tinggal di dalam hutan itu sejak Disember lalu dengan mendirikan pondok setinggi empat tingkat.

Menurutnya, sebelum ini mereka sekeluarga tinggal di rumah bapa mertuanya di Kampung Baru, Mukim Tualak tetapi terpaksa keluar kerana bilangan ahli keluarganya itu semakin ramai. 

"Hutan juga tempat suami saya cari rezeki seperti menoreh getah, ambil upah menebas dan cari pucuk kayu untuk dijual.

"Walaupun jarak pondok dengan rumah terdekat kira-kira 1.5 kilometer (km) dan jalan utama pula sejauh 3km, itu tak beri masalah kepada kami untuk teruskan hidup di dalam hutan ini," katanya. 

Nur Hidayah berkata, bagi menjamin keselamatan keluarganya itu, suaminya membina pondok setinggi empat tingkat.

"Pondok ini ada tandas, dapur, bilik dan ruang tamu. Suami juga akan bina sebuah lagi bilik bagi memudahkan saya melahirkan anak keempat Januari nanti," katanya.

Tambahnya, pada awal pembinaan pondok itu sememangnya agak sukar berikutan tiang dan lantai hanya menggunakan kayu serta rotan sahaja.

"Manakala dinding dan bumbung pula guna kanvas. 

"Sebelum ini memang kurang sempurna terutamanya waktu hujan sebab kena tempias tapi bila dapat duit dari jualan getah barulah suami saya beli plastik dan kanvas untuk dijadikan dinding serta bumbung," katanya yang hamil enam bulan. 

Katanya, dia dan suaminya tidak pernah merasa kecewa tinggal di tanah milik datuk mereka itu kerana di situ dia dapat mengusahakan pelbagai aktiviti bagi meneruskan kehidupan.

"Dekat sini kami boleh berkebun, menoreh dan menternak. Kami juga tak ganggu jiran.

"Alhamdulillah selama tinggal dekat sini, walaupun angin kuat, pondok ini dilindungi hutan dan bukit berhampiran. Itu menyebabkan kami yakin nak bina pondok setinggi empat tingkat," katanya.

Malah katanya, pondok itu juga melindungi mereka dari diganggu binatang buas seperti babi hutan yang berkeliaran mencari makanan pada waktu malam. 

Sementara itu, Adun Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham yang turut melawat keluarga itu berkata, pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Zakat Padang Terap bagi membina rumah mereka di situ.

Katanya, sebelum ini keluarga itu pernah ditawarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) tetapi mereka menolak kerana enggan berpindah dari kawasan itu. - Sinar

Possibly Related Threads...
Culik Pastor Koh: Nombor Plat Kenderaan Suspek Tiada Dalam Rekod
Wanita China Menjerit-jerit Seperti Hilang Akal Lepas Telefon Jatuh Dalam Tasik
Belanja Rm10,000 Bantu Kemas Rumah Dihuni 11 Beranak
Anak Mati Dalam Pusat Serenti, Ibu Dapat Ganti Rugi Rm305,000
Emas Rm13 Juta Ditemui Dalam Loji Penapis Air Switzerland
Malas Pergi Tandas, Ibu Suruh Anak Kencing Dalam Mangkuk
Bayi Dibuang Dalam Tong Sampah Jadi Rebutan
Jari Putus Tersepit Pintu Gara-gara Bergurau Dalam Kelas
Berak Di Dobi: 2 Beranak Mungkin Ada Masalah Mental, Kata Jiran
Kapal Tertanam Dalam Kebun Getah Bukan Cerita Dongeng



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 67
5 Beranak Masih Tinggal Dalam Hutan Di Kuala Nerang
sukawg
112629
Forum Jump: