5 Laman Sosial Yang Dilarang Di China

Offline
05-24-2016, 06:59 PM,
#1
resim

PEMIMPIN di China mahu meluaskan pasarannya kepada seluruh dunia dengan membuka ekonominya kepada semua, tetapi China masih lagi menggunakan undang-undang ketat ke atas teknologi dan akses kepada media.

Berikut adalah 5 jenis akses yang masih dilarang di China.


1. Instagram

Penggunaan laman foto popular ini dilarang selepas penunjuk perasaan pro-demokrasi mengadakan protest di Hong Kong pada 2014. Sebeb sebenar ia dilarang tidak diketahui dan tiada mana-mana lokasi di China mampu menggunakan khidmat Instagram.

2. Twitter

China melarang penggunaan Twitter kerana mempercayai Twitter merupakan antara laman sosial yang memainkan peranan penting ketika 'Arab Spring' dan Green Revolution di Iran pada 2009.

Walaupun begitu, terdapat beberapa esekutif warganegara China berkhidmat di Twitter untuk menarik keuntungan dari segi pengiklanan di Twitter.

3. Google

Google cuba 'melawan' censor yang digunakan oleh China terhadap perkhidmatannya, dan Gmail dan Youtube merupakan antara perkhidmatan Google yang paling dilarang.

Namun, pelayar yang masih 'degil' boleh mendapatkan akses Google, Gmail dan Youtube menggunan Virtual Private Network (VPN).

4. Facebook

Laman sosial paling popular di dunia ini mula diharamkan di China pada 2009. Kerajaan China juga tidak berminat untuk membuka akses Facebook kepada pelayarnya pada masa akan datang.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg sendiri sudah melawat China dan presidennya, Xi Jinping namun Beijing masih tidak berganjak dari keputusannya.

5. Snapchat

Laman web micro-blogging ini diharamkan supaya laman web-microblogging milik China, mampu memikat rakyatnya sendiri. - Sinar

Possibly Related Threads...
Admin Boleh Dipenjara? Skmm Beri Panduan Kepada Pentadbir Aplikasi Sosial
Akaun Media Sosial Mark Zuckerberg Dengan Kata Laluan 'dadada' Digodam
Singapura Sekat Laman Web Judi Berkuatkuasa 2 Februari
Yahoo! Umum Penamatan Beberapa Laman Di Malaysia
Halang Niaga Di Media Sosial Jejaskan Pendapatan, Kata Peniaga
Facebook Boleh Diakses Di China Buat Julung Kalinya
Kisah Hidup Pengasas Alibaba.com Yang Sedih Sejak Kecil
China Tutup 1.8 Juta Media Sosial
Infografik Seminit Di Internet Apa Yang Terjadi ?
Orang Muda Lebih Percaya Media Sosial



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 348
5 Laman Sosial Yang Dilarang Di China
sukawg
102873
Forum Jump: