6 Lelaki Didakwa Rogol Gadis Beramai-ramai Di Malam Ramadan

Offline
06-15-2017, 03:07 PM,
#1
resim
ENAM lelaki mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol secara berkumpulan seorang remaja perempuan. FOTO Zaman Huri Isa

ENAM lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas tadi mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol secara berkumpulan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, awal bulan ini.

Pengakuan itu dibuat oleh tertuduh Mohamad Nurruddin Mohd Fauzi, 22, Muhammad Yusuf Danial Luqman, 21

Che Kamarul Aiman Che Rasid, 20, Mohamad Tasyrik Mahmud, 20, Muhamad Alif Asmawi Othman, 20, dan Wan Hazaki Wan Hanafi, 38.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Nuruddin didakwa merogol secara berkumpulan remaja perempuan itu pada jam 1 pagi dan 3 pagi di Kubur Cina Pasir Parit, Sungai Batu, Pasir Mas, 3 Jun 2017.

Bagi kedua-dua tuduhan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimun 30 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Dia turut mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan seks oral terhadap mangsa sama di lokasi sama pada jam 3 pagi.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebat.

Lima lagi tertuduh didakwa merogol secara berkumpulan terhadap mangsa sama di lokasi sama antara jam 1 pagi hingga 3 pagi, 3 Jun 2017.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haslida Isamail manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Dazuki Ali tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 16 Julai ini untuk laporan kimia, forensik dan perubatan mangsa.

Harian Metro pada 5 Jun lalu, melaporkan enam lelaki bernafsu binatang tergamak merogol remaja perempuan berusia 17 tahun secara bergilir-gilir di sebuah pondok yang jauh dari rumah penduduk.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad dipetik berkata, sebelum itu, mangsa dipercayai mengikut teman lelakinya keluar makan rojak di sebuah kedai makan.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah pondok terpencil sebelum dirogol semua tertuduh.

Dalam kejadian itu, mangsa diugut akan dimasukkan mercun bola ke dalam mulut sekiranya melawan. - Metro

Possibly Related Threads...
Cikgu Liwat Pelajar 50 Kali Di Sarawak Didakwa Di Mahkamah
Cikgu Wanita Didakwa Kerana Ada Hubungan Sulit Dengan Pelajar Sendiri
Juruterbang Malaysia Dipenjara 13 Tahun Perkosa Gadis Pada 1996
2 Gadis Dikenduri Di Ketereh: 5 Dipenjara 22 Tahun, 2 Lagi Dipenjara 18 Tahun
Gadis Wechat Diperkosa 4 Lelaki Mabuk Bergilir-gilir
Rogol Dalam Grabcar: Pemandu Direman 6 Hari
Lelaki Tua Didakwa, Tak Mengaku Masukkan Jari
Pemain Bola Sepak Ghana Dipenjara 2 Tahun Rogol Isteri Sendiri
Kerani Sekolah Agama Dipenjara 20 Tahun Cabul Murid Lelaki
Doktor Keluarkan Cawan Pecah Dari Dalam Dubur Lelaki



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 115
6 Lelaki Didakwa Rogol Gadis Beramai-ramai Di Malam Ramadan
sukawg
110891
Forum Jump: