6 Wanita Bergaduh Kerana Media Sosial, Seorang Cedera Ditikam Di Pj

Offline
12-07-2017, 07:17 AM,
#1
resim

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Pertemuan enam wanita untuk menyelesaikan perselisihan faham berakhir dengan tragedi selepas salah seorang daripada mereka cedera ditikam dalam kejadian di Stesen Kereta api Tanah Melayu (KTM) Seri Setia, Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, dalam kejadian pada pukul 11.30 malam itu, sekumpulan empat wanita bertemu dengan dua lagi wanita di lokasi untuk menyelesaikan perselisihan faham berkaitan kata-kata di dalam media sosial sebelum berlakunya pergaduhan.

“Dalam pergaduhan tersebut, kesemua wanita berusia lingkungan 20-an itu turut menggunakan pengunci kereta, topi keledar, kayu dan pisau sebelum salah seorang daripada mereka ditikam dengan sebilah pisau.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Ujar Mohd. Zani, suspek berusia 20 tahun kemudian ditahan di Little India, Klang Selatan pada pukul 12.50 tengah hari semalam dan suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Utusan

Possibly Related Threads...
Jalin Hubungan Dengan Pakcik Sendiri, Anak Saudara Cedera Dikelar Makcik
Pemuda Rentung Dibakar Penduduk Kampung Kerana Curi Kambing
Idam Sepupu, Pemuda Tikam Pakcik Sendiri Kerana Tolak Pinangan
Amah Mati Didera Di Penang, Wanita Tua Didakwa Membunuh
Amah Mati Didera, Wanita Tua 60 Tahun Akan Didakwa Bunuh Esok
Pemuda Ambil Pil Kuda Kerana Ada Masalah Cinta
Isteri Dicekik Suami Hingga Sesak Nafas Kerana Lambat Buka Pintu
Isteri Teruk Dibelasah Suami Hanya Kerana Keluar Bersama Adik Beradik
Ditikam Potong Barisan, Nenek Kesal Orang Ramai Cuma Tengok Tak Bantu
Wanita Ditemui Mati Gantung Diri Pada Tingkap Di Sabah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 44
6 Wanita Bergaduh Kerana Media Sosial, Seorang Cedera Ditikam Di Pj
sukawg
114143
Forum Jump: