7 Eleven Australia Tipu Gaji Pekerja, Hanya Bayar Separuh

Offline
10-01-2015, 07:43 AM,
#1
resim

SYDNEY – Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 7-Eleven Australia meletak ja­watan semalam selepas terlibat dalam skandal menipu gaji pekerja.

Pengerusi, Russ Wit­hers dan CEO, Warren Wilmot mengumumkan keputusan berundur daripada lembaga pe­ngarah syarikat itu, lapor rangkaian penyiaran Australia, ABC.

Withers membangunkan syarikat tersebut pada 1977 dan kini mengendalikan 615 kedai serbaneka itu di Australia. Ia beroperasi di bawah lesen perniagaan dari syarikat induk 7-Eleven di AS yang mempunyai lebih 55,000 cawangan di 16 negara.

“Wilmot meletak­ jawatan susulan pen­dedahan terbaharu bahawa 7-Eleven Austra­lia membayar gaji tidak setimpal kepada pekerjanya,” ujar syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pendedahan siasatan media mendapati pemilik francais kedai runcit 7-Eleven itu membayar para pekerjanya separuh daripada gaji yang sepatutnya mereka peroleh.

Satu siasatan di Australia pula mendapati pembayaran gaji rendah itu diuruskan secara sistematik dan dilakukan sejak sekian lama.

“Saya ingin menegaskan bahawa perkara ini sangat memalukan dan saya meminta maaf kepada mereka yang telah bekerja di kedai runcit 7-Eleven kerana tidak mendapat gaji yang sepatutnya,” ujar Withers kepada sebuah jawatankuasa Parlimen, minggu lepas. – dpa/Kosmo

Possibly Related Threads...
Cuepacs Minta Kerajaan Naikkan Gaji Penjawat Awam 3 Peratus
Ada Mahu Bayar Zakat Fitrah Untuk 30 Tahun, Kata Amil
Gaji Rm273,000 Untuk Pembantu Rumah Sanggup Kerja Di Rumah Berhantu
Maut Langgar Kayu Di Lebuhraya, Plus Diarah Bayar Rm158,961
Tapak Bazar Sama Harga Seperti Bayar Deposit Rumah?
Ayam Belanda Gergasi Boleh Terbang Pernah Wujud Di Australia
Viral Spiderman Bayar Zakat
Mulai 28 Jun, Hanya Perlu Bawa Mykad Untuk Urusan Asb
Qatar Bayar Wang Tebusan Rm4.7 Bilion Kepada Pengganas
Remaja 13 Tahun Hanya Makan Roti Canai Sejak Umur Setahun



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 430
7 Eleven Australia Tipu Gaji Pekerja, Hanya Bayar Separuh
sukawg
98640
Forum Jump: