7 June: Harga Minyak Naik, Brent Usd50.12

Offline
06-07-2017, 10:18 AM,
#1


resim
 
NEW YORK: Harga minyak naik, mencari sokongan teknikal selepas merosot di bawah AS$47 setong akibat tekanan daripada perselisihan diplomatik di Asia Barat dan inventori minyak mentah yang tinggi di Amerika Syarikat (AS).



Minyak mentah West Texas Intermediate AS (WTI) berakhir sehingga 79 cents pada AS$48.19.

Ia jatuh dalam dagangan awal, tetapi bangkit semula antara AS$48.75 dan AS$46.95.

Penanda aras minyak mentah Brent, menokok 65 cents setong kepada AS$50.12.

Harga minyak kekal kira-kira lapan peratus lebih rendah daripada sebelum Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC mengumumkan mereka melanjutkan pemotongan pengeluaran sehingga Mac 2018.

Perjanjian enam bulan untuk mengehadkan pengeluaran itu ditangguhkan, sehingga akhir bulan ini. Reuters/BHarian

Possibly Related Threads...
29 Sept: Harga Brent Terus Turun
Minyak Naik Paras Tertinggi Sejak Julai 2015
Harga Brent Naik, Tertinggi Dalam 5 Bulan
Harga Minyak Naik, Cecah Paras Tertinggi Sebulan
Permintaan Minyak Dunia Diramal Susut Tahun Depan
Harga Minyak Dijangka Usd60 Hujung Tahun Ini
29 Jun: Harga Minyak Dunia Naik
28 Jun: Harga Minyak Naik 2 Peratus
22 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh, Terendah 10 Bulan
20 June: Harga Minyak Dunia Susut, Terendah Dalam 7 Bulan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 450
7 June: Harga Minyak Naik, Brent Usd50.12
sukawg
110702
Forum Jump: