7 Remaja Ditahan Mabuk Berpesta Arak Diarah Laungkan Azan, Solat Berjemaah

Online
10-03-2015, 08:03 AM,
#1
resim
Sekumpulan tujuh remaja diarah melaungkan azan dan mengerjakan solat selepas ditahan polis kerana terlibat dalam pesta minuman keras di Sukadan, Kalimantan Barat, Indonesia, baru-baru ini. AGENSI

SUKADANA, Kalimantan Barat- Sekumpulan tujuh remaja diarah untuk melaungkan azan dan mengerjakan solat selepas mereka ditahan pihak polis kerana terlibat dalam pesta minuman keras, di sini, baru-baru ini.

Kompas.com melaporkan, kesemua mereka yang ditahan diberkas pihak polis ketika dalam keadaan mabuk di Bukit Pantai Pulo Datok.

Ketua Polis Sukadana, Hoeruddin berkata, lokasi remaja berkenaan ditahan merupakan kawasan yang sering dijadikan sebagai tempat penduduk tempatan minum minuman keras.

“Kami menyamar sebagai orang biasa bagi memudahkan usaha menghampiri mereka. Ketika berada di tempat kejadian, kesemua remaja terbabit sudah mabuk dan tidak sedarkan diri.

“Kesemua berada diberkas merupakan orang Islam dan kami mengambil pendirian untuk membebaskan mereka jika mampu melaungkan azan dan solat berjemaah,” jelas Hoeruddin.

Kata Hoeruddin lagi, mereka semua mampu melakukan apa yang diarahkan dan hanya akan dibebaskan selepas ibu bapa suspek datang mengambil mereka di balai polis. - Utusan

Possibly Related Threads...
3 Remaja Sesat Di Bukit Tabur Ditemui
Berkorban Nyawa Demi Adik - Remaja Oku Lemas Jatuh Ke Dalam Sungai
Pondan Antara 5 Ditahan
Orang Pi Solat, Hang Pi Mana?
Imam Ditahan Keluar Fatwa Haramkan Wanita Bekerja
13 Masjid Di Terengganu Dirikan Solat Jumaat Tanpa Kebenaran
Pasaraya Halal Di Paris Diarah Tutup Kerana Tak Jual Arak, Babi
Satu Keluarga Ditahan Polis Kerana Anak Sebut Allah, Boom Dalam Kelas
Papagomo Sudah Jelaskan Rm951,260.27 Diarah Bayar Kepada Anwar
Bayi Ditahan Ibarat Tebusan Di Hospital Selagi Tak Selesai Bil Rm550,000



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 544
7 Remaja Ditahan Mabuk Berpesta Arak Diarah Laungkan Azan, Solat Berjemaah
sukawg
98688
Forum Jump: