7 Sekeluarga Bonceng Motosikal Jadi Viral

Offline
10-02-2015, 07:17 AM,
#1
resim
Tujuh orang sekeluarga menunggang sebuah motosikal di China menjadi viral dan popular di Internet. - Agensi

DUCHAN 1 Okt. - Gelagat tujuh orang daripada sebuah keluarga menaiki sebuah motosikal di Duchan, China menjadi viral dan menggemparkan pengguna laman sosial di Internet, sekali gus menerima pelbagai kritikan, semalam.

Kesemua tujuh orang pembonceng termasuk seorang penunggang motosikal itu dikesan menaiki sebuah motosikal itu ketika mereka dalam perjalanan ke pusat bandar di wilayah Jiangxi, China, lapor Mail Online yang memetik portal berita, People Daily Online.

Beberapa keping gambar yang dirakam menunjukkan seorang penunggang wanita duduk di tengah-tengah, manakala lima orang kanak-kanak dan seorang wanita warga tua duduk berhimpit-himpit di hadapan dan belakang, selain berpaut antara satu sama lain, lapor People Daily Online.

Keluarga itu dilaporkan sedang dalam perjalanan dari sebuah perkampungan terpencil ke sebuah bandar di wilayah Jiangxi pada 27 September lalu.

Lebih mengejutkan lagi apabila ada beberapa gambar yang dimuat naik di Internet itu menunjukkan seorang kanak-kanak yang paling kecil duduk antara hendal motosikal, manakala seorang kanak-kanak lagi duduk di atas riba penunggang motosikal berkenaan.

Di belakang penunggang itu, pula membonceng dua kanak-kanak, seorang nenek dan seorang remaja pe*rempuan. Bagaimanapun indentiti keluarga tersebut masih tidak diketahui.

Sebahagian pengguna Internet yang menyaksikan gambar keluarga tersebut menyamakan kejadian luar biasa itu seperti aksi pertunjukan sarkas, manakala sebahagian pengguna lagi mengkritik penunggang motosikal itu yang meletakkan ahli keluarganya dalam bahaya.

Komuniti dalam talian di China, bagaimanapun kagum dengan gambar-gambar yang dipaparkan dan menyamakan perjalanan keluarga itu dengan satu persembahan sarkas yang menghiburkan.

Seorang pengguna Internet berkata; “Aksi itu merupakan satu bakat.”

Namun, seorang pengguna lain mengkritik: “Jika anda mahu mati, tinggalkan anak-anak di rumah!” - Utusan

Possibly Related Threads...
Jangan Risau, Kami Jaga Motosikal Jemaah Solat Jumaat
Sekeluarga Terpaksa Tidur Di Tepi Longkang Di Pandan Indah
Lelaki Gilakan Bas Mainan, Jadi Pengumpul Terbanyak Di Dunia
Tupai Jadi Perhatian Pandai Bermain Ski Air
Viral Gadis Cantik Jadi Runner Hantar Barang
Viral Penguatkuasa Terbalikkan Ikan Peniaga, Mdks Kata Terjatuh
Cuaca Sejuk Baju Tak Kering, Kedai Dobi Jadi Tumpuan Warga Kota
Makan Pasir Sejak 10 Tahun Lalu Rahsia Jadi Sihat, Kata Nenek
Yuni, Pengawal Keselamatan Cantik Tolak Tawaran Jadi Model
Doktor Tak Boleh Jadi Tukang Potong Hudud, Kata Kp Kesihatan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 435
7 Sekeluarga Bonceng Motosikal Jadi Viral
sukawg
98651
Forum Jump: