75 Telah Ditahan Polis Elemen Kumpulan Militan Negara Islam (is)

Offline
03-29-2015, 09:24 AM,
#1
KUALA LUMPUR 28 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menahan seramai 75 individu yang dipercayai terlibat dengan elemen kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara ini.

Penahanan itu antaranya melibatkan rakyat tempatan yang ingin menyertai kumpulan tersebut di Syria dan Iraq serta warga asing yang memasuki negara ini dengan fahaman IS.

Terbaharu, Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman menahan dua warga Iraq kerana disyaki terlibat membuat ugutan bunuh terhadap Duta Besar Arab Saudi dan Qatar di ibu negara pada Khamis lalu.

Penahanan melibatkan ugutan serangan seumpama itu merupakan kali pertama dilakukan oleh PDRM.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang mendakwa dirinya anggota perisikan dari Iraq telah bertemu dengan seorang pegawai khas di Pejabat Kedutaan Besar Qatar serta mengugut untuk melakukan serangan terhadap kedutaan terbabit.

Menurut sumber, ugutan serangan terhadap kedutaan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan fahaman IS yang amat bencikan kerajaan Arab Saudi.

“Namun polis masih menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan melibatkan ugutan itu,” katanya.

Sebelum ini, polis turut mengesan terdapat ahli kumpulan IS rakyat tempatan yang berada di Syria membuat ugutan bunuh terhadap ahli keluarga mereka menerusi Facebook.

Possibly Related Threads...
25 Gambar Malam Di Bandar Mosul Syria Di Bawah Jajahan Daulah Islam Wilayah Nainawa
Lebih 10,000 Militan Is Terbunuh
Militan Is Rancang Siri Letupan Mirip Ji
Bom Berisi Kala Jengking Hidup Senjata Terbaru Kumpulan Is
Isis Isytihar Pembentukan Negara 'pemerintahan Khalifah'
Remaja Didakwa Ambil Gambar Kegiatan Kumpulan Is Dan Menjualnya Dibunuh
Perbandingan Daulah Islam Dan Daulah Ikhwan Bm Subtitle
Tahanan Is Warga Us Mengaku Memeluk Islam
Wanita Mengaku Doktor Dari Malaysia Kahwin Dengan Anggota Militan Is
Wanita Bernama Isis Mahu Kumpulan Isis Tukar Nama Lain



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 787
75 Telah Ditahan Polis Elemen Kumpulan Militan Negara Islam (is)
NorCun
94315
Forum Jump: