806 Batu Karang Dalam Buah Pinggang Kerana Suka Makan Daging Babi

Offline
09-08-2017, 07:43 AM,
#1
resim 
KEADAAN batu karang yang dikeluarkan daripada buah pinggang wanita itu. FOTO Agensi

Wuhan (China): Doktor mengeluarkan sebanyak 806 batu karang dari buah pinggang seorang wanita yang gemar memakan daging berlemak.

Wanita yang dikenali sebagai Fan itu menjalani satu pembedahan di sebuah hospital di sini baru-baru ini selepas dia mengadu sakit perut.

Doktor yang membuat pemeriksaan mendapati buah pinggang Fan yang berusia 60-an itu penuh dengan batu karang.

Keadaan itu menyebabkan buah pinggangnya tidak berfungsi dan bengkak.

Satu pembedahan dijalankan dan doktor berjaya mengeluarkan sebanyak 806 batu karang di buah pinggang wanita itu.

Batu karang itu mempunyai pelbagai saiz dari sekecil kacang sehingga sebesar buah longan.

Pemeriksaan mendapati batu karang itu terbentuk daripada kolesterol yang berpunca daripada diet wanita itu yang tidak sihat.

Wanita itu memberitahu, dia suka makan daging dan memakan dua hingga tiga keping daging perut babi hampir setiap hari.

Seorang pakar, Dr Shen Zhangyi berkata, daging perut babi mengandungi banyak lemak dan kolesterol serta boleh memperlahankan kadar metabolisma seseorang.

Dr Shen juga menasihatkan Fan supaya amalkan diet seimbang dan mengelak makanan yang tinggi kandungan gula serta lemak. - Metro

Possibly Related Threads...
Ada Batu Sebesar Telur Burung Unta Dalam Saluran Kencing
Sepatutnya 10 Bulan, Banduan ' Terperangkap' Dalam Penjara Sehingga 11 Tahun
Badan Jadi Belon Kerana Naik Ke Permukaan Terlalu Cepat Ketika Menyelam
Apa Jadi Jika Telur Dipecahkan Dalam Laut?
Baca Dengan Jelas - Ketahui Gangguan Jin Dalam Badan Anda.
Wanita Makan Ulat Dengan Begitu Selera Sekali
Beratus Ulat Bersarang Dalam Kepala Lelaki
Semut Bersarang Dalam Telinga Gadis, Doktor Sudah Keluarkan 1,000 Ekor
Cacing Hidup Meliuk-liuk Dalam Mata
George Kucing Suka Berdiri 2 Kaki 8 Gambar



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 78
806 Batu Karang Dalam Buah Pinggang Kerana Suka Makan Daging Babi
sukawg
112392
Forum Jump: