9 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh

Offline
06-09-2017, 02:54 PM,
#1


resim
 
SINGAPURA 9 Jun: Harga minyak meneruskan kemerosotan hari ini, menambah kejatuhan sejak dari awal minggu ini peningkatan bekalan berterusan.



Kejatuhan itu, di sebalik usaha mengehadkan pengeluaran dalam pasaran dijalankan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan sebanyak AS$47.67 setong pada 0039 GMT, susut 19 cents, atau 0.4 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Ia meletakkan Brent 12 peratus di bawah paras pembukaannya pada 25 Mei, apabila dasar yang dipimpin OPEC untuk mengurangkan pengeluaran minyak diperluaskan untuk suku pertama 2018.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS pada AS$45.44 setong, jatuh 20 cents, atau 0.44 peratus, berbanding penutup sebelumnya.

Ia jatuh lebih 11 peratus daripada 25 Mei.

Lambakan bahan api semasa menyebabkan harga berada di bawah tekanan di sebalik ikrar OPEC dan pengeluar lain untuk mengurangkan hampir 1.8 juta tong sehari (bpd) output. - Reuters/BHarian

Possibly Related Threads...
22 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh, Terendah 10 Bulan
20 June: Harga Minyak Dunia Susut, Terendah Dalam 7 Bulan
7 June: Harga Minyak Naik, Brent Usd50.12
Harga Minyak Naik Melambung Susulan Krisis Qatar
31 May: Brent Jatuh Kepada Usd51.84 Setong
29 May: Brent Jatuh Ke Usd52.10 Setong
Harga Minyak Dunia Hampiri Usd55 Setong
22 Mei: Harga Minyak Mentah Naik
16 May: Harga Minyak Naik 2 Peratus
Harga Minyak Brent Menjunam Paling Teruk Sejak November



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 281
9 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh
sukawg
110764
Forum Jump: