9 Pasangan Kekasih Dicekup Raikan Tahun Baru Di Hotel Bajet

Offline
01-01-2018, 03:17 PM,
#1
Tiada bilik, katanya


resim
ANTARA pasangan yang ditahan pada Ops Ambang Tahun Baru yang dilakukan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Bukit Baru. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber

SEMBILAN pasangan kekasih ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dipercayai berkhalwat dalam serbuan ke tiga hotel bajet di Melaka Tengah, hari ini.

Op Ambang Tahun Baharu itu dijalankan selama lima jam dan berakhir pada 4.30 pagi, menyasarkan hotel bajet yang sering dijadikan destinasi pasangan bukan mahram.

Pengarah JAIM Md Azhan Samat berkata, 18 individu ditahan selepas didapati tinggal bersekedudukan di dalam bilik tanpa sebarang ikatan yang sah.

"Mereka yang ditahan berusia antara 22 hingga 43 tahun, malah ada di antara pasangan ini sanggup memandu dari luar Melaka seperti Selangor dan Kuala Lumpur hanya untuk menginap di sini.

"Ketika pemeriksaan dijalankan, pelbagai alasan diberi oleh pasangan yang ditahan termasuk datang ke sini untuk mencari kerja selain kerana tiada bilik mereka terpaksa tinggal di dalam bilik yang sama," katanya.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

"Mereka ini akan ditahan dalam masa 24 jam untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berkurung mendatangkan syak," katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Cemburu Anak Saudara Mesra Dengan Kekasih, Pakcik Mahu Juga
2 Janda Adik Beradik Dicekup Khalwat Di Hotel Bajet
Pegawai Penguatkuasa Perkosa Gadis Yang Dicekup Khalwat
Pasangan Masih Muda Dicekup Khalwat Di Apartment
Pasangan Dirakam Bercumbu Dalam Tren Ktm
Paksa Anak Saudara Hisap Alat Sulit, Pakcik Dipenjara 4 Tahun
Isteri Orang Dicekup Bersama Teman Lelaki Di Bilik Hotel
Bakal Pengantin Dicekup Di Hotel Bajet Di Ambang Tahun Baru
Gadis 14 Tahun Lahirkan Bayi Hasil Rogol Di Bintulu
Isteri Orang Dicekup Khalwat Sambil Bawa Anak Di Hotel Bajet



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 100
9 Pasangan Kekasih Dicekup Raikan Tahun Baru Di Hotel Bajet
sukawg
114828
Forum Jump: