9 Penerbangan Di Ltab Kuching Dibatalkan, Akibat Jerebu Sehingga 3 Petang Tadi

Offline
09-17-2015, 06:52 PM,
#1
KUCHING: Sehingga 3 petang ini, empat penerbangan ketibaan dan lima perlepasan dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching akibat jarak ketampakan yang terhad berikutan jerebu.

resim

Pengurus LTAB Kuching, Mohd Nadzim Hashim berkata sektor terbabit ialah Kuching-Tanjung Manis-Kuching, Kuala Lumpur-Kuching-Kuala Lumpur, Kuching-Pontianak-Kuching, Kuching-Mulu-Kuching dan Mulu-Kuching, yang membabitkan 110 penumpang syarikat penerbangan MAS.

Katanya, 18 penerbangan mengalami kelewatan, yang terdiri daripada tujuh perlepasan dan 11 ketibaan, membabitkan 2,478 penumpang syarikat penerbangan MAS, AirAsia, Expressair dan Malindo. "Semua penumpang yang menggunakan penerbangan melalui LTAB Kuching dinasihatkan menyemak jadual penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing sebelum ke lapangan terbang," katanya dalam kenyataan di sini.

Setakat 3 petang ini, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching mencatat bacaan 195, iaitu kualiti udara tidak sihat, manakala Samarahan satu-satunya tempat mencatatkan kualiti udara sangat tidak sihat, menjangkau IPU 205. - BERNAMA

Possibly Related Threads...
Suami Isteri Simpan Kambing Dalam Ruang Tamu Rumah Akibat Banjir
Janji Indonesia: Tiada Jerebu Dari Sumatera Barat Tahun Ini
Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat Petang Tadi
18,000 Ekor Ayam Mati Lemas Akibat Banjir
4 Keranda Timbul Semula Akibat Arus Deras Di Tumpat
Gempa Kuat 7.1 Magnitud Gegar Tengah Itali Sebentar Tadi
Jerebu Kembali Melanda Negara
10,000 Penduduk Sakit Akibat Jerebu Di Riau
19 Warga Indonesia Mati Akibat Jerebu
Jerebu Boleh Menyebabkan Tekanan, Kemurungan Dan Sakit Mental



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 761
9 Penerbangan Di Ltab Kuching Dibatalkan, Akibat Jerebu Sehingga 3 Petang Tadi
NorCun
98320
Forum Jump: