9 Remaja Didakwa Perkosa Gadis Di Gemencheh, Mengaku Salah

Offline
01-12-2018, 08:48 PM,
#1
resim
Sembilan juvana dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin, di sini, tadi, atas keseluruhan 21 pertuduhan membabitkan kes rogol dan seks luar tabii.

TAMPIN - Sembilan remaja, empat daripadanya berusia 17 tahun dan lima berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret kerana rogol, seks luar tabii gadis bawah umur.

Kesemua mereka menghadapi 21 pertuduhan dalam kejadian 14, 19, dan 31 Disember lalu.

Kes berlaku di sekitar kawasan Gemencheh antaranya di kawasan semak dan rumah.

Prosiding dijalankan secara tertutup dan kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Tertuduh mengikut pertuduhan masing-masing dihadapkan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi keselahan rogol dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi kesalahan seks luar tabii.

Bagaimanapun, berikutan pesalah adalah juvana, kesemuanya dibicarakan di bawah Seksyen 91(1) Akta Kanak-kanak.

Timbalan Pendakwa Raya, Rinisha Priyya memohon majistret menetapkan wang jaminan sebanyak RM1,000 bagi setiap pertuduhan yang dibacakan.

Majistret kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM500 bagi setiap kesalahan.

Bagaimanapun bagi tiga tertuduh yang mempunyai satu pertuduhan, wang jaminan yang dikenakan adalah kekal sebanyak RM1,000.

Majistret kemudiannya menetapkan tarikh pada 26 Februari untuk laporan akhlak bagi kesemua tertuduh.

Difahamkan, kesemua tertuduh diikat jamin oleh ahli keluarga masing-masing. - Sinar

Possibly Related Threads...
Gadis Ditipu Bayar Deposit Untuk Kerja Jual Tubuh
Luluh Hati Isteri Lihat Sendiri Suami Perkosa Anak Di Sungai Petani
Pegawai Penguatkuasa Perkosa Gadis Yang Dicekup Khalwat
Sudah Ada Isteri Untuk Seks Halal, Tapi Pilih Perkosa Anak Tiri
Gadis Diperkosa Teman Lelaki Sebelum Diratah Lagi 2 Rakan Lain
Abang Didakwa Cabul Adik Sendiri Dalam Tandas
Janda Didakwa Lepas Tunjuk Punggung Untuk Promosi Krim Pemutih Di Facebook
Anggota Polis Didakwa Berbogel Depan Jiran Di Melaka
Gadis Universiti Nyaris Diperkosa Lelaki Indon Dalam Tandas
2 Mekanik Didakwa Hari Ini Perkosa Gadis



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 67
9 Remaja Didakwa Perkosa Gadis Di Gemencheh, Mengaku Salah
sukawg
115074
Forum Jump: