91,500 Peluang Kerja Daripada Pelaburan Rm113.5b

Offline
12-17-2017, 02:14 PM,
#1
[Image: 22bh09zzt.transformed_4.jpg]

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.




PUTRAJAYA: Jumlah pelaburan dalam sektor pengeluaran, perkhidmatan dan utama bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini yang bernilai RM113.5 bilion dijangka mencipta 91,500 peluang pekerjaan.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata jumlah berkenaan membabitkan 3,886 projek.


Bagaimanapun, beliau berkata pelaburan diluluskan yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini merosot 26.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.


"Penurunan sebanyak 37.6 peratus dicatatkan dalam sektor perkhidmatan manakala pengurangan sebanyak 15.5 peratus dicatat dalam sektor pengeluaran.


"Kesan inflasi yang tinggi disebabkan oleh projek yang tidak berjalan lancar di Pengerang dan RAPID Johor adalah faktor di sebalik penurunan itu. Jumlah pelaburan diluluskan yang lebih rendah juga boleh dikaitkan dengan langkah penyejukan dalam pasaran hartanah.


"Walaupun terdapat peningkatan persaingan terutama dengan kos pengeluaran yang lebih rendah ditawarkan oleh negara jiran seperti Vietnam dan Thailand, sektor pengeluaran negara terus menarik jumlah pelaburan yang besar.


"Ia merangkumi 464 projek pengilangan bernilai RM35 bilion yang diluluskan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Ia juga berpotensi mewujudkan lebih 32,700 pekerjaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Mengulas lanjut beliau berkata, sebanyak 70.4 peratus pelaburan asing dicatatkan dalam sektor pengeluaran dengan pengembangan dan kepelbagaian projek oleh pelabur sedia ada seperti TF-AMD Micro-Electronics, Longi, Osram, dan ASE Electronics Malaysia.


"Pengembangan ini patut dialu-alukan kerana tumpuan kerajaan pada masa ini adalah untuk menarik pelaburan berkualiti dan syarikat terbabit memberi petunjuk kukuh keyakinan berterusan oleh pelabur asing mengenai potensi Malaysia.


"Selain itu, syarikat tempatan juga menyumbang 73.5 peratus daripada pelaburan diluluskan dalam tempoh berkenaan. Ia selaras dengan sasaran kerajaan untuk menjamin 73 peratus pelaburan langsung domestik dan 23 peratus pelaburan langsung asing menjelang tahun 2020," katanya.


Tambahnya lagi, dalam masa yang sama enam projek Hab Prinsipal bernilai RM1.5 bilion telah diluluskan pada suku ketiga tahun ini.


"Kami menjangkakan lebih banyak pelaburan akan diluluskan di bawah skim ini. Sehingga awal Disember lalu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mempunyai sejumlah 252 projek dalam perancangan bagi sektor pengeluaran dan perkhidmatan dengan jumlah pelaburan dicadangkan sebanyak RM10.5 bilion.


"Majoriti daripada pelaburan ini adalah daripada produk pemesinan dan besi, kimia, penubuhan global serta industri teknologi hijau. Beberapa pelaburan ini dijangka diluluskan dalam tempoh enam bulan akan datang.


"Tumpuan kerajaan adalah untuk mendapatkan pelaburan berkualiti yang akan membantu merealisasikan hasrat untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 di samping memanfaatkan aliran mega termasuklah Industri 4.0 dan ekonomi digital.


"Semua strategi ini selaras dengan usaha kerajaan untuk mengubah Malaysia daripada hab pengeluaran kos rendah kepada ekonomi yang dipacu oleh inovasi," katanya.

Possibly Related Threads...
Lelaki Kasanova Lolos Daripada Tahanan Diberkas Semula
Video Fakta Saintifik Santa Clause Masa Kini Dan Kerja Hantar Hadiah
Rafizi Dibuang Kerja Dari Petronas Adalah Kisah Dongeng Semata-mata.umno Kantoi Lagi!
Rencana_Melindungi kaki daripada luka
Rencana_Suzana bangkit daripada kegagalan
Rencana_Kursus dalam talian peluang tingkat ilmu
Rencana_Jangan kerja lebih lapan jam
300 kali ganda manis daripada tebu
Ayah gay malas kerja



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 17
91,500 Peluang Kerja Daripada Pelaburan Rm113.5b
Reez Ramsey
114437
Forum Jump: