Adik Sebak Baca Kisah Akak Sekeluarga Tinggal Bawah Jejambat Di Pulau Pinang

Offline
03-05-2014, 01:52 AM,
#1
Pasir Gudang: “Saya terus menangis sebaik menatap gambar kakak di akhbar. Saya tidak sangka kesempitan hidupnya menyebabkan dia sekeluarga terpaksa bergelandangan dan tinggal di bawah jejambat,” kata Zaiton Maani, 41, semalam.

Zaiton ialah adik kepada Jamaliah, 53, wanita yang tinggal di bawah jejambat Lingkaran Luar Butterworth (LLB) di Bagan Dalam, Pulau Pinang bersama suami yang juga orang kurang upaya (OKU), Ismail Abdullah, 62, dan dua anak mereka, Nur Ummi Jamaliah, 10, serta Nur Ummi Aisyah, 14.


Empat beranak berkenaan tinggal di pondok yang hanya ditutup dengan kain di bawah jejambat LLB itu sejak lebih seminggu lalu.

Menurut Zaiton, kakaknya itu manja dengannya, namun tidak menyangka Jamaliah hidup miskin.


resim
Foto
ZAITON terharu melihat gambar kakaknya sekeluarga disiarkan HM.


“Saya tidak sangka kakak hidup miskin dan akhirnya terpaksa tinggal di bawah jejambat. Sudah lama kami tidak bertemu dan saya cukup sayu apabila menatap gambarnya yang tersiar di akhbar Harian Metro.


“Saya sedih dengan nasib menimpa kakak sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sentosa, Masai, di sini, semalam.

Menurut Zaiton, dia hanya mengetahui berkaitan nasib malang menimpa Jamaliah yang dilaporkan oleh Harian Metro selepas dimaklumkan ibunya, Jamiah Kamsin, 73.

“Saya dapat tahu semalam (kelmarin), tetapi hari ini (semalam) baru saya baca laporan di Harian Metro.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sebakbacakisahkakak/Article/index_html

Possibly Related Threads...
Warga Emas Lebih Suka Tinggal Bawah Jambatan Sejak Setahun Lalu
Tak Mampu Bayar Sewa, 10 Beranak Bersempit Tinggal Bawah Khemah
Mohon Bantuan Adik Aishah Sofea Derita Ketumbuhan Dalam Mulut
Warga Emas Oku Lebih Rela Tinggal Di Parkir Motosikal
Warga Emas Tinggal Dalam Bangsal Lembu Sejak Kematian Suami
Mohon Bantuan Adik Farisha Hidap Kanser Mata
Mohon Dana Pembedahan Adik Aniq
Minta Bantuan Dana Pembedahan Adik Ismail Zhafran
Adik Adam Perlukan Rm40,000 Untuk Pembedahan Tengkorak
Adik Derita Tak Ada Punggung



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 1390
Adik Sebak Baca Kisah Akak Sekeluarga Tinggal Bawah Jejambat Di Pulau Pinang
sukawg
82485
Forum Jump: