Admin Boleh Dipenjara? Skmm Beri Panduan Kepada Pentadbir Aplikasi Sosial

Offline
05-04-2017, 12:09 AM,
#1


resim

KUALA LUMPUR 3 Mei - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan peringatan kepada para pentadbir kumpulan rangkaian atau aplikasi media sosial dan perhubungan tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan sebagai pentadbir.



Nasihat itu diberikan kepada pentadbir supaya mereka sentiasa prihatin terhadap peraturan serta syarat-syarat yang digariskan oleh penyedia platform, termasuk perlu menyemak komen diberikan.

Antara nasihat itu, pentadbir perlu memaklumkan kepada semua ahli kumpulan sebab utama kumpulan aplikasi pesanan itu diwujudkan dan menyatakan peraturan asas yang perlu, dan tidak menjadi pentadbir yang senyap atau tidak aktif.

Malah menurut suruhanjaya itu di dalam laman webnya, pentadbir patut mempertimbangkan untuk mengeluarkan mereka yang membuat komen yang jelik di dalam sesebuah kumpulan dan bukannya menggalak, menghasut dan bersubahat terhadap komen negatif yang dibuat.

Kenyataan dikeluarkan tersebut dilihat sebagai susulan kepada perkembangan baru-baru ini iaitu pentadbir sesebuah kumpulan aplikasi WhatsApp boleh diambil tindakan jika gagal menyekat penyebaran berita palsu.

Orang ramai boleh melayari laman web SKMM, https://www.mcmc.gov.my/media/announcements/peringatan-untuk-pentadbir-kumpulan bagi mengetahui lebih lanjut arahan dikeluarkan tersebut.  - Utusan

Possibly Related Threads...
Facebook Minta Pengguna Di Australia Beri Gambar Bogel Untuk Projek Percubaan
Russia Haramkan Aplikasi Wechat
Skmm Nafi Viral Rakam, Rekod Panggilan Telefon, Whatsapp
Admin Group Whatsapp Boleh Dipenjara
Akaun Media Sosial Mark Zuckerberg Dengan Kata Laluan 'dadada' Digodam
5 Laman Sosial Yang Dilarang Di China
Whatsapp Perkenal Aturan Kod Berkunci, Hanya Boleh Diakses Penghantar, Penerima
Youtube Lancar Ciri Baru Boleh Tonton Secara Offline
Aplikasi Whatsapp Tidak Selamat?
Facebook Lancar Panggilan Video Pada Aplikasi Messenger



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 168
Admin Boleh Dipenjara? Skmm Beri Panduan Kepada Pentadbir Aplikasi Sosial
sukawg
109868
Forum Jump: