Agensi Pencari Bakat Nafi Perlu Seks Dulu Sebelum Dapat Tawaran Berlakon

Offline
01-16-2018, 09:15 PM,
#1
resim
Mohd. Faizlee Abdullah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya pagi tadi.

resim
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Pemilik dan pengasas Rafael Model Agency yang menguruskan khidmat pelakon tambahan menafikan tuduhan seorang pelakon tambahan yang mendakwa kononnya dia perlu mengadakan hubungan seks sebelum diberi tawaran berlakon.

Lelaki tersebut, Mohd. Faizlee Abdullah, 29 atau dikenali dengan nama Rafael menjelaskan, wanita berkenaan disifatkan cuba memfitnahnya kerana dia tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk seperti yang didakwa.

“Walaupun dalam laporan yang dikeluarkan di muka depan sebuah akhbar tempatan hari ini tidak menyebut secara jelas nama saya, tetapi ‘screenshot’ yang dipaparkan dapat dibaca meskipun dikaburkan.

“Justeru, tindakan wanita terbabit tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencalarkan reputasi agensi saya, secara tidak langsung mencemarkan nama baik saya.

“Sedangkan, sejak agensi ini ditubuhkan pada 2010, tidak pernah saya berhadapan dengan tuduhan berat sebegini,” jelasnya.

Tambah Rafael, pelakon itu telah pun diberi peluang sebanyak lima kali untuk terlibat dalam beberapa produksi drama selaku pelakon tambahan.

“Jadi, jika benar dakwaannya, mesti saya sudah meminta untuk melakukan hubungan seks sejak kali pertama dia ditawarkan peluang berlakon,” katanya kepada Utusan Online.

Terdahulu, laporan muka depan sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini melaporkan bahawa seorang wanita berusia awal 20-an telah dianiaya oleh Rafael termasuk menerima ugutan.

Tambah pemilik agensi itu lagi, tuduhan mengatakan dia tidak memberikan bayaran penuh seperti yang dijanjikan juga tidak berasas kerana wanita tersebut berhadapan masalah disiplin.

“Pengurus produksi yang menawarkan peluang tidak berpuas hati dengan mutu lakonannya dan mereka ada hak untuk memotong bayaran.

“Itulah keadaan sebenar yang berlaku di set penggambaran tetapi tidak diceritakan secara terperinci dalam laporan tersebut.

“Jelas, hal ini telah memburukkan imej perniagaan saya yang sekian lama dijalankan,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut mendakwa Rafael mengajaknya menjayakan sesi fotografi bogel.

“Ya, saya memang ada mempelawanya secara peribadi untuk mengadakan sesi fotografi tetapi bukannya bogel, hanya berpakaian seksi sahaja,” tegasnya yang juga merupakan seorang jurufoto sambilan.

Disebabkan rasa dirinya teraniaya, Rafael membuat satu laporan polis di Balai Polis Pandan Indah pada pukul 11 pagi tadi.

Pada masa yang sama, dia juga akan mempertimbangkan untuk membawa kes berkenaan ke muka pengadilan jika wanita itu berkeras mahu meneruskan dakwaan tanpa meminta maaf. - Utusan

Possibly Related Threads...
Paksa Anak Telan Pil Cegah Hamil Sebelum Perkosa, Bapa Dipenjara 80 Tahun
Anggota Polis Ditahan Paksa Isteri Seks Luar Tabii Di Melaka
Pengurus Restoran Pizza Dipukul Lepas Ajak Pekerja Lakukan Seks Di Putrajaya
Keletihan Lepas Puas Perkosa Oku, Lelaki Tua Sempat Tidur Dulu
Sudah Ada Isteri Untuk Seks Halal, Tapi Pilih Perkosa Anak Tiri
Polis Serbu Pesta Seks Ikut Jalan Belakang Di Indonesia
Gadis Diperkosa Teman Lelaki Sebelum Diratah Lagi 2 Rakan Lain
Lelaki Diwajibkan Lapor Polis Dulu Sebelum Berasmara
Sepupu Paksa Dua Beradik Umur 4 & 6 Tahun Seks Oral Di Kajang
Raba Punggung Gadis Dalam Bas, Lelaki Ditampar Sebelum Ditahan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 61
Agensi Pencari Bakat Nafi Perlu Seks Dulu Sebelum Dapat Tawaran Berlakon
sukawg
115169
Forum Jump: