Ahli Perniagaan Tua 82 Tahun Ditahan Disyaki Perkosa Gadis

Offline
09-19-2017, 08:23 PM,
#1
resim
ANGGOTA polis mengiringi suspek kes rogol remaja di Balai Polis Pusat Miri. - Foto Mohd Rizal Abdullah

MIRI: Seorang ahli perniagaan berusia 82 tahun ditahan polis kerana didakwa merogol pelajar berusia 13 tahun di sebuah hotel di sini, pagi tadi.

Suspek menyerah diri di Balai Polis Pusat Miri susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa jam 8.42 pagi kelmarin, selepas mengesyaki anak perempuannya menghilangkan diri dan menginap di hotel bersama beberapa rakannya termasuk suspek.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah, berkata pelajar itu dipercayai meninggalkan rumah pada 10 September bagi menemani rakannya menginap di hotel.

Katanya, mangsa dipercayai mengenali mangsa yang turut berada di hotel terbabit.

"Mangsa sudah dihantar untuk pemeriksaan perubatan. Belum ada keputusan diterima sehingga petang ini," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - BHarian

Possibly Related Threads...
Paderi Serah Diri Lepas Anak Angkat Dakwa Dicabul Selama 8 Tahun
Gadis Tingkatan 1 Diperkosa Rakan Wechat Dalam Semak
Gadis Bernama Z Dakwa Diperkosa Kekasih Kakak Lebih 10 Kali
Ibu Didakwa Lacurkan Anak Gadis Sendiri Di Sarawak
Suami Isteri Diburu Perkosa Gadis Di Kajang, Disyaki Lakukan Threesome
Bekas Model Ketagih Dadah Ditahan Dalam Keadaan Bogel
Ibu Ditahan Paksa Anak Melacur Sebelum Diratah Lelaki 3 Kali
Lelaki Dipenjara 16 Tahun Perkosa Pekerja Ibu Dalam Bilik Air 2 Kali
Perkosa Kekasih Hingga Lahirkan Anak, Pemuda Dipenjara 10 Tahun
Jurulatih Renang Kebangsaan Ditahan Perkosa Atlet



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 64
Ahli Perniagaan Tua 82 Tahun Ditahan Disyaki Perkosa Gadis
sukawg
112607
Forum Jump: