Get Adobe Flash player

Air terjun bagai lukisan

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Air terjun bagai lukisan




Air terjun bagai lukisan


KEINDAHAN alam semula jadi yang kekal terpelihara menggamit pengunjung ke Air Terjun Kota Tinggi.


BERDEPAN dengan kesesakan jalan raya serta hiruk-pikuk kehidupan di kota setiap hari pasti menbosankan. Bukan sahaja banyak masa dan tenaga dihabiskan dengan sia-sia, malah fikiran juga semakin kusut melihat pelbagai kerenah dan ragam warganya yang kadangkala menyakitkan hati.

Tidak hairanlah setiap kali tibanya hujung minggu kebanyakan warga kota lebih gemar meninggalkan 'hutan batu' di sekeliling mereka dan mencari lokasi-lokasi yang tidak sesak dan mendamaikan jiwa.

Bagi mereka yang masih tercari-cari lokasi percutian menarik untuk dikongsi bersama yang tersayang, ahli keluarga atau rakan terdekat, Air Terjun Kota Tinggi, Johor boleh dicatat dalam senarai pilihan.

Terletak kira-kira 16 kilometer (km) dari pekan Kota Tinggi atau 80 km dari Johor Bahru, ia merupakan lokasi ideal bagi pencinta alam semula jadi yang mahu beriadah sambil merehatkan minda.

Sebaik tiba, pengunjung pasti terpesona melihat kawasan air terjun yang tersergam indah di depan mata.

Persekitarannya yang dikelilingi landskap hijau Hutan Simpan Panti dan keindahan puncak Gunung Muntahak, ibarat sebuah lukisan hidup yang membuatkan pengunjung leka serta mensyukuri kebesaran Tuhan.

Bukan hanya mata yang terpesona menatap keindahan alam yang disajikan, telinga juga dengan cepat menangkap riak irama air terjun setinggi 34 meter itu.

Udara segar yang menyapa dan diselang-seli dengan bunyi unggas berkicauan tentu saja memberikan ketenangan yang diinginkan.

Umpama sebuah taman tema air, pengunjung boleh memilih untuk berendam atau bermandi-manda di tiga jenis kolam yang disediakan. Setiap satunya mempunyai kedalaman berbeza iaitu sedalam 7.3 meter, 1.2 meter dan 0.9 meter.

Keterujaan itu tidak terhenti setakat itu sahaja. Pengunjung juga boleh mencuba bermain gelongsor air dan beberapa tarikan permainan lain yang disediakan.

SEJAK dahulu lagi, Air Terjun Kota Tinggi menjadi destinasi perkelahan dan ekspedisi popular di Johor.


Kawasan sekitarnya juga lengkap dengan kemudahan tandas awam, surau, tempat persalinan dan pondok serta bangku rehat untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.

Jika perut berasa lapar, tuntutan selera mudah dilunaskan di beberapa gerai makanan dan minuman yang boleh dikunjungi berhampiran.

Kawasan air terjun itu sebenarnya bukan satu-satunya tarikan yang terdapat di lokasi rekreasi tersebut. Di sekitarnya, pengunjung boleh melihat beberapa monumen sejarah peninggalan Jepun suatu ketika dahulu.

Menurut ceritanya, kawasan itu pernah menjadi petempatan askar Jepun kerana ia terletak berhampiran dengan sebuah lombong bijih besi.

Penginapan

Bagi yang ingin merasai suasana bermalam di dalam hutan sambil mendengar bunyian unggas, burung dan cengkerik, terdapat beberapa tempat penginapan yang disediakan bagi tujuan itu.

Antaranya ialah Kota Tinggi Waterfalls Resort yang menawarkan penginapan jenis bilik, calet, karavan, dorm dan khemah bergantung kepada bajet pengunjung.

Setiap bilik lengkap dengan kemudahan pendingin hawa, kipas, peti ais mini, televisyen, bilik air, mandian air panas dan kemudahan membuat teh serta kopi.

Di samping itu, resort itu juga menyediakan kemudahan seperti kolam renang, bilik persidangan, gelanggang skuasy, kafe dan meja pool.

Tidak sekadar menginap dan bermandi-manda, pihak resort juga menyediakan beberapa pilihan aktiviti seperti pengembaraan di dalam hutan, cabaran hutan, aktiviti berperang di dalam hutan dan kem bina diri. - AMMAR JAZLAN MAD LELA





http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Horizon&pg=ho_03.htm


Possibly Related Threads...
Pameran Lukisan Hello Kitty Di Ibu Pejabat Fukoku Tokyo (8 Gambar)
10 Lukisan Ilusi Optik Erik Johansson Yang Kretif Manipulasi Akal
Lukisan Seni Jalanan Di Penang 16 Gambar Rare Terkini
Air Terjun Berkomputer
15 Gambar Cantiknya Lukisan Dinding Di Australia
Gambar Lukisan Pada Runtuhan Batu.
Lukisan Unggas Menggunakan Kelopak Bunga (10 Gambar)
Lukisan Konsep Filem Elysium (18 Gambar)
Lukisan Jalanan Di Berlin 34 Gambar
lukisan 3D guna Pensil oleh Ramon Bruin 18 gambar


Forum Jump:

Users browsing this thread: 1 Guest(s)

Terkini Berita

Tunggu akan datang..........





Get Adobe Flash player