Akaun Media Sosial Mark Zuckerberg Dengan Kata Laluan 'dadada' Digodam

Offline
06-07-2016, 11:52 PM,
#1
resim
resim

US - Beberapa akaun media sosial milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg digodam.

Laporan Sydney Morning Herald mengatakan Mark menggunakan kekuatan kata laluan yang lemah, termasuk kata laluan 'dadada' pada akaun LinkedIn.

Akaun Twitter Mark juga digodam apabila pengodam memaparkan kata laluan akaun LinkedIn Mark.

Manakala, akaun Pinterest Mark pula telah diubah dengan grafik dan tulisan 'Hacked By OurMine Team'.

"Hey, kami cuma menguji sistem kawalan kamu. Hubungi kami!" kata pengodam, OurMine.

Sementara itu, jurucakap Twitter menggalakkan pelayar laman sosial menggunakan kata kunci yang kuat.

Bulan lepas, LinkedIn mengaku kecurian data yang berlaku pada 2012 telah memberi kesan yang tidak disangka pada tahun ini. - Sinar

Possibly Related Threads...
Mark Zuckerberg Rugi Rm11 Bilion Ubah News Feed Facebook
Mark Zuckerberg Mohon Maaf Facebook Memecah Belahkan Masyarakat
Admin Boleh Dipenjara? Skmm Beri Panduan Kepada Pentadbir Aplikasi Sosial
Hidup Akan Lebih Lama Jika Ketagih Facebook, Kata Kajian
Zuckerberg Jual Saham Facebook Untuk Tujuan Derma
Lelaki Lebih Baran, Kuat Bertengkar Di Facebook Berbanding Wanita, Kata Kajian
5 Laman Sosial Yang Dilarang Di China
Mark Zuckerberg Dapat Rm17 Juta Sehari Sejak Lahir
Gambar Kek Disangka Bawa Maksud Lucah, Instagram Gantung Akaun Milik Wanita
Mark Zuckerberg Gajikan 16 Pengawal Peribadi



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 456
Akaun Media Sosial Mark Zuckerberg Dengan Kata Laluan 'dadada' Digodam
sukawg
103167
Forum Jump: