Akhirnya Israel Pulangkan Semua Cukai Untuk Pihak Berkuasa Palestin (pa)

Offline
04-19-2015, 04:44 AM,
#1
resim
Rami Hamdallah

RAMALLAH 18 April – Israel akhirnya tunduk kepada tekanan memulangkan semua cukai yang dikutip untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) membabitkan ratusan juta dolar yang dibekukan rejim Zionis itu sebagai bantahan kepada tindakan Palestin untuk menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Perdana Menteri, Rami Hamdallah dalam satu kenyataan semalam, berkata, Israel berjanji dalam satu mesyuarat dengan pegawai Palestin untuk menyerahkan hasil kutipan cukai di antara Disember dan Mac yang bernilai hampir setengah bilion dolar.

Media Israel melaporkan, pemindahan wang 1.8 bilion shekel (RM1.6 bilion) akan dilakukan pada Isnin ini.

Penduduk Palestin sebelum ini mengancam untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa selepas Israel pada awal Januari lalu bertindak membekukan pembayaran kutipan cukai berkenaan sebagai tindak balas penyertaan Palestin dalam ICC.

Dana tersebut merupakan dua pertiga daripada jumlah belanjawan tahunan Palestin, tidak termasuk bantuan asing.

Israel bersetuju pada awal bulan ini untuk mengagihkan dana itu selepas menolak hutang membabitkan perkhidmatan elektrik, air dan perubatan namun tindakan itu ditolak Palestin yang bertegas mahukan pembayaran penuh.

Rami berkata, apabila PA menerima dana tersebut, pihaknya akan membayar dahulu gaji 180,000 pekerjanya untuk bulan ini, yang sebelum ini hanya menerima 60 peratus daripada jumlah pendapatan mereka sejak Disember lalu.

“Tunggakan gaji tersebut juga akan dibayar secepat mungkin,’’ katanya. – AFP

Possibly Related Threads...
3 Israel Mati Ditembak Penduduk Palestin
Imam Masjid Al Aqsa Ditembak Tentera Israel
Tentera Israel Tahan Mufti Besar Baitulmaqdis
Kerja Penggalian Israel Musnahkan Masjid Al Aqsa
Pesawat Pm Israel Melencong Jauh Lepas Indonesia Halang Masuk Ruang Udara
6 Lelaki Palestin Dihukum Mati Kerana Belot Bersubahat Dengan Israel
Jet Pejuang Israel Lancar Serangan Ke Gaza
Pangkalan Udara Syria Diserang Roket Dari Israel
Israel Dijilat Api, Terpaksa Minta Bantuan Negara Jiran
Imam Palestin Didenda Kerana Laungkan Azan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 549
Akhirnya Israel Pulangkan Semua Cukai Untuk Pihak Berkuasa Palestin (pa)
NorCun
94926
Forum Jump: