Al-jazeera -- 60% Rakyat Malaysia Miskin.

Offline
01-07-2014, 09:54 AM,
#1
resim



Enam puluh peratus daripada rakyat Malaysia masih hidup dengan pendapatan kurang daripada RM4,800 sebulan setiap bulan dan sukar untuk membeli keperluan asas seperti makanan.

“Ramai rakyat Malaysia masih lagi berjuang di bawah paras kemiskinan “ berikut adalah tajuk artikel di Al-Jazeera yang telah dikeluarkan di laman webnya. Penulis artikel itu , Stephanie Scawen mengutarakan pendapat bahawa setengah juta orang di Malaysia masih lagi tinggal di garis kemiskinan.



Walaupun kerajaan telah cuba mengurangkan kemiskinan di negara ini sejak Matlamat Pembangunan Milenium (Millennium Development Goals) yang diperkenalkan pada tahun 1990, masih ada cabaran besar di hadapan. Matlamat kerajaan Malaysia adalah untuk mengurangkan separuh daripada jumlah individu yang hidup dengan pendapatan kurang daripada RM3 sehari pada tahun 2015.

Tetapi lebih 60 peratus daripada negara ini masih tinggal hidup dengan pendapatan kurang daripada $ 1,600 sebulan (RM4,800 sebulan). Ia lebih teruk lagi di kawasan luar bandar di mana lebih daripada 85 peratus hidup dengan pendapatan kurang daripada $1,600 (RM4,800). Pendapatan bulanan purata tertinggi adalah lebih daripada $4,000 (RM12,000) dan yang paling rendah adalah $615 (RM1,800).





resim





Antara kisah hidup rakyat Malaysia


Antoinette Devadoss Xavier mempunyai tiga orang anak. Suaminya meninggal dunia enam tahun lalu, dan hari ini dia hanya mempunyai pendapatan sebanyak $ 100 (RM300 ) setiap bulan daripada bantuan kebajikan yang diberikan oleh kerajaan.

Walaupun semua anak-anaknya berumur di bawah 18 tahun dia hanya menerima bantuan $300 (RM1000) dan meneruskan hidup dengan membeli sayur-sayuran murah. Antoinette menghidapi penyakit yang kronik , jadi dia perlu memastikan dia mendapat bekalan zat kalium yang mencukupi setiap hari tetapi dia tidak mampu.

Dalam kisah lain, Mohan dan Regina Chandran hidup dengan bantuan daripada rakan-rakan dan gereja di tempat tinggal mereka kerana pendapatan bulanan mereka tidak sampai RM600 sebulan.














Possibly Related Threads...
Malaysia Menuju Kearah Gawat Ekonomi - Prof Dr Hoo Ke Ping
Kenapa Harga Minyak Malaysia Tidak Patut Dibandingkan Dengan Brunei
Rakyat Terengganu Kini Kena Bayar Sewa Meter Air.
Sijil Pengesahan Halal Malaysia Yang Mempunyai 'kod E' Boleh Digunakan Tanpa Was Was.
Bantuan Untuk Mengesan Kereta Faizal Saari Pemain Hoki Malaysia.
Sebuah Kereta Viva 'langgar' Malaysia Airlines (mas) Mh740/741.
10 Fakta Kesilapan Utusan Malaysia Mentafsir Basyar Al-assad Sebagai Pejuang Islam
Sikap Sebenar Rakyat Malaysia Di Jalanraya - Pentingkan Diri Sendiri.
Malaysia Di Ambang Kenaikan Petrol?
[info] Kegiatan Pelacuran Di Malaysia Dianggarkan Membawa Pulangan Rm3.2 Bilion.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 787
Al-jazeera -- 60% Rakyat Malaysia Miskin.
Reez Ramsey
80840
Forum Jump: