Amah Afrika Dari Kenya Didakwa Ugut Bunuh Majikannya Di Sini

Online
12-07-2017, 02:26 PM,
#1
resim
Skeetar Rigine Lameck, 36, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, selepas mengaku salah mengugut keluarga majikannya, hari ini. FOTO Mohd Hilmie Hussin.

WANITA warga Kenya dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan melakukan ugutan bunuh ke atas keluarga majikannya, Ogos lalu.

Tertuduh, Skeetar Rigine Lameck, 36, membuat pengakuan itu di depan Majistret Mohd Firdaus Saleh, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Inggeris, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah akan membunuh isteri majikan, Hanim Salim A Hore, 33, dan keluarga, pada jam 9.30 malam, 21 Ogos 2017 di Swiss Garden Hotel di sini.

Justeru, tertuduh yang juga amah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh merayu dikenakan hukuman ringan kerana menanggung tiga anak berusia lapan tahun, 17 tahun dan 18 tahun serta ibu yang tinggal di Kenya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari merayu hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Mohd Firdaus kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 23 Ogos 2017. - Metro

Possibly Related Threads...
Bunuh, Bakar Tanjung Sepat: Suspek Akan Didakwa Esok
Zurin, Wedding Planner Penipu Didakwa Lagi Hari Ini
Bunuh Bakar Tanjung Sepat: Suspek Dibawa Ke Lokasi Kejadian
Suami Bunuh, Kerat, Bakar Isteri Sendiri Kerana Minta Kereta
4 Lelaki Didakwa Hari Ini Bunuh Lelaki Curi Motosikal
Bunuh, Bakar Tanjung Sepat: Teman Lelaki Anak Mangsa Ditahan, Kes Dianggap Selesai
Wanita Dari Perak Hina Nabi Muhammad Dipenjara 6 Bulan, Denda Rm15,000
Tak Rela, Remaja Bunuh Diri Lepas Dipaksa Kahwin Dengan Kakak Ipar
Ibu Tunggal Rugi Rm5,000 Dipukau Wanita Dakwa Dari Pejabat Agama
Murid Cedera Tingkap Helikopter Tentera Amerika Tercabut, Terjatuh Dari Udara



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 20
Amah Afrika Dari Kenya Didakwa Ugut Bunuh Majikannya Di Sini
sukawg
114153
Forum Jump: