Amah Mati Didera Di Penang: Tangan Ada Kesan Gigitan Haiwan

Offline
02-13-2018, 10:05 PM,
#1


resim

resim
resim
resim

PETALING JAYA: Sebuah agensi kerajaan Indonesia yang menguruskan pekerjanya di luar negara mendakwa terdapat kesan gigitan haiwan di tangan pembantu rumah yang meninggal dunia di Pulau Pinang, Ahad lalu, lapor portal berita Kompas.



“Penyebab bekas luka di tangan kanan dipercayai bekas gigitan binatang dan tangan kiri akibat terkena cecair kimia,” kata Ketua Agensi Kebangsaan bagi Penempatan dan Perlindungan Pekerja Indonesia Luar Negara (BNP2TKI), Nusron Wahid dipetik portal berita itu.

Menurut laporan itu, maklumat tersebut disahkan petugas yang melihat sendiri mayat Adelina Lisao, 26, dan menemui pakar forensik Hospital Seberang Jaya serta pegawai polis dari Balai Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

“Setakat ini, punca kematian disebabkan anemia, kekurangan darah dan malnutrisi akibat diabaikan keluarga majikan dalam tempoh yang lama.

“Namun, hasil forensik itu tidak menemui kesan pukulan dan tiada luka dalaman,” katanya sambil menambah ada kesan luka tidak dirawat yang dijangkiti kuman dan menjadi punca kegagalan fungsi organ badan mangsa.

Ahad lalu, Adelina dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam selepas dipercayai didera majikannya.

Beliau dikesan cedera di tangan dan kakinya oleh seorang jiran yang prihatin.

Jiran itu berkata, Adelina dilihat tidur bersebelahan seekor anjing Rottweiler setiap hari hampir 2 bulan dan beliau enggan bercakap dengan mereka yang menyapanya.

Semalam, Polis menahan seorang wanita berumur 60 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Ia selepas penahanan 2 beradik sebelum ini, yang juga anak wanita terbabit di rumah mereka di Taman Kota Permai 2. - FMT

Possibly Related Threads...
Lelaki Disyaki Cuba Curi Kabel Ditemui Mati Sebelah Tiang Elektrik
Pelajar Sekolah Ditemui Mati Dalam Longkang Di Kulim
Amah Mati Didera Di Penang, Wanita Tua Didakwa Membunuh
Amah Mati Didera, Wanita Tua 60 Tahun Akan Didakwa Bunuh Esok
Lelaki Ditemui Mati Leher Ditetak, Punggung Disula Di Sarawak
Cikgu Lupa Bawa Masuk, Budak Ditemui Mati Beku Di Luar Tadika
Remaja Tahan Sakit Besi Tangkap Ikan Tembus Tapak Tangan
Pegawai Polis China Ditemui Mati Atas Katil Di Kluang
Wanita Ditemui Mati Gantung Diri Pada Tingkap Di Sabah
3 Lelaki Mati Lemas Mandi Air Terjun Di Ulu Yam



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 34
Amah Mati Didera Di Penang: Tangan Ada Kesan Gigitan Haiwan
sukawg
115879
Forum Jump: