Anak Dilarang Ke Sekolah Kerana Ibu Ayah Tiada Sijil Nikah

Online
01-13-2018, 08:34 PM,
#1
resim
Ridzawati mengajar anaknya mengenal huruf dan nombor apabila berkesempatan. Ridzawati Jamaludin berkata, tanpa sijil nikah, anaknya berusia 9 dan 14 tahun tidak boleh mendaftar di sekolah, manakala 2 lagi anak berusia 2 dan 5 tahun bakal berdepan nasib sama.

resim
Ridzawati bersama anak bongsunya berusia 2 tahun.

SUNGAI BULOH: Masalah ketika mendaftarkan perkahwinan mereka 15 tahun lalu menyebabkan anak satu pasangan rakyat Malaysia tidak dapat bersekolah.

Anak lelaki mereka kini berusia 14 tahun dan bekerja di sebuah bengkel, manakala anak perempuannya berusia 9 tahun tinggal di rumah untuk membantu menjaga bapanya yang sakit, Muhamad Isnin.

Kedua-duanya tidak boleh ke sekolah kerana pasangan itu tidak mempunyai sijil nikah, syarat untuk ibu bapa mendaftarkan anak mereka memasuki sekolah.

Disebabkan tiada sijil nikah, anak mereka juga tidak dapat memohon sijil kelahiran atau MyKid.

Semuanya bermula pada 2003, apabila Isnin dan Ridzawati Jamaludin berkahwin menggunakan khidmat seorang kadi di Kedah.

Katanya, sijil nikah mereka hilang ketika berpindah rumah.

“Apabila kami hendak meminta sijil nikah yang baru nak ganti dengan yang hilang, kami cuba hubungi mereka, tapi tidak berjawab dan tak dapat dikesan,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, mereka cuba mendapatkan salinan gantian sijil nikah di Jabatan Agama Islam Kedah, tetapi dimaklumkan perkahwinan mereka tidak didaftarkan.

Ketika itu, katanya, baru mereka sedar menjadi mangsa sindiket perkahwinan.

“Pada masa itu, baru kami rasa yang itu adalah sindiket. Apabila cuba ‘check’ dengan Jabatan Agama (Islam) Kedah, nama kami tiada dalam sistem.”

Ridzawati juga tahu 2 lagi anaknya yang berusia 2 dan 5 tahun akan ditimpa nasib sama seperti abang dan kakak mereka yang tidak dapat ke sekolah.

“Anak-anak selalu bertanya pada awal, bila nak masuk ke sekolah. Kadang-kadang pelbagai alasan yang harus diberikan sebab tak nak bagi mereka harapan.”

Rayuan pasangan itu sama dengan ribuan kanak-kanak tanpa warganegara di Malaysia yang tidak boleh bersekolah kerana dasar Jabatan Imigresen yang mereka perlu mempunyai pasport.

Jabatan Pendidikan menggunakan surat daripada Jabatan Imigresen untuk melarang kanak-kanak terbabit mendaftar di sekolah.

Ia termasuk seorang kanak-kanak perempuan di Seremban dan 7 kanak-kanak di Pulau Pinang yang dihalang bersekolah. Tindakan itu dikecam kumpulan hak asasi dan pejuang kebajikan kanak-kanak.

Semalam, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali menjelaskan surat imigresen kepada Kementerian Pendidikan itu adalah mengenai keperluan pasport dan dokumen perjalanan bagi kanak-kanak warga asing untuk tinggal di Malaysia.

Beliau berkata, surat penjelasan bertarikh 28 Disember itu bertujuan menjawab persoalan yang dikemukakan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, bukannya surat pekeliling.

Katanya, kemasukan kanak-kanak warga asing di sekolah bantuan kerajaan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan, bukannya Jabatan Imigresen.

Ridzawati tidak mahu melihat anaknya berdepan nasib sama.

Beliau tiada pendapatan tetap kerana suaminya lumpuh dan koman tahun lalu. Sebelum itu, Isnin sihat dan berniaga di pasar malam.

Kini, beliau terpaksa bergantung kepada simpanannya, bantuan keluarga dan Lembaga Zakat Selangor.

Kerana tidak mahu anaknya ketinggalan dalam pelajaran, beliau akan mengajar anaknya dan membeli buku untuk mereka baca.

“Mereka hanya belajar benda asas seperti kenal huruf dan nombor. Dan saya hanya akan ajar bila berkesempatan.

“Ada usaha masukkan mereka ke sekolah, tapi alasan untuk sekolah tidak ambil mereka kerana tiada pasport.

“Saya sedih kerana saya tahu semua ibu bapa nak anak mereka bersekolah untuk menuntut ilmu secukupnya, tapi bila ditimpa musibah begini, saya cuma mampu pendam.” - FMT

Possibly Related Threads...
Lelaki Kristian Disebat 36 Kali Kerana Jual Arak Di Aceh
Budak Sekolah Autisme Didakwa Bocorkan Maklumat Sulit Amerika
Ibu Kenakan Sewa Rumah Pada Anak Baru Usia 5 Tahun
Di China, Ibu Heret Anak Degil Belakang Skuter
Panda Gergasi Liang Liang Lahirkan Anak, Nuan Nuan Dapat Adik
Caj Parking Dalam Sekolah, Pibg Nafi Makan Duit Haram
Mat Kantin, Individu Didakwa Kawal Tender Sekolah
Pegawai Daerah Cantik Digantung Tugas Kerana Jumpa Trump Tanpa Kebenaran
Suami Tak Tahan, Ceraikan Isteri Kerana Hanya Mandi Sekali Setahun
Lebih Baik Mereka Nikah Sembunyi, Daripada Buat Maksiat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 37
Anak Dilarang Ke Sekolah Kerana Ibu Ayah Tiada Sijil Nikah
sukawg
115084
Forum Jump: