Anak Ditahan Disyaki Bantu Ayah Bunuh Diri Di Genting Highlands

Offline
11-14-2017, 09:24 PM,
#1
resim

KUANTAN, 14 Nov (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat membantu ayahnya, seorang warga emas berusia 65 tahun untuk membunuh diri dalam sebuah bilik hotel, di Genting Highlands pada Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Othman Nayan berkata, mayat mangsa ditemui oleh petugas hotel berkenaan dan melaporkan kepada polis pada 10.20 pagi hari berkenaan.

"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan lilitan di bahagian leher selain menjumpai seutas tali yang dipercayai digunakan untuk melilit leher mangsa.

"Siasatan awal juga, tidak menjumpai sebarang bukti untuk dikaitkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes telah diklasifikasikan sebagai SDR (mati mengejut)," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Namun katanya, siasatan diteruskan disebabkan beberapa keraguan dengan hasil siasatan lanjut mendapati terdapat individu kedua yang turut menginap di bilik berkenaan. - Bernama

Possibly Related Threads...
Budak Dakwa Didera, Mata Lebam Ditumbuk Di Rawang, Pengasuh Ditahan
Polis Pangkat Konstabel Ditahan Jadi Bapa Ayam Sindiket Pelacuran
Suami Didakwa Bunuh Lelaki Yang Mencintai Isterinya Di Seremban
Anak Husam Musa Didakwa Hari Ini Tuduhan Miliki 20 Gram Meth
Pesawah Padi Mampu Pakai Audi Ditahan Subahat Seleweng Baja
Bapa Bunuh 3 Anak Sebelum Gantung Diri Di Sungai Petani
Lelaki Malaysia Edar Syabu Mati Ditembak Ketika Larikan Diri Di Indonesia
Lelaki Ditahan Miliki 200 Pil Kuda Sah Anak Husam Musa
Anak Pemimpin Tertinggi Pan Ditahan Miliki Pil Kuda
Culik Bunuh Di Seremban, 4 Suspek Direman 7 Hari



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 40
Anak Ditahan Disyaki Bantu Ayah Bunuh Diri Di Genting Highlands
sukawg
113645
Forum Jump: