Anak Kucing Dikerat-kerat, Dicampak Depan Pintu Di Sekinchan

Offline
10-18-2017, 06:28 PM,
#1
resim
ANAK kucing milik Mohammad Rosmawar yang ditemukan dalam keadaan bercerai badan dan kaki di harapan pintu rumahnya di Parit 5, Sekinchan, Sabak Bernam, Isnin lalu. - GAMBAR IHSAN MOHAMMAD ROSMAWAR

SABAK BERNAM 18 Okt. - Tindakan individu yang membunuh serta mengerat seekor anak kucing milik seorang penduduk di Parit 5, Sekinchan, di sini dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Demikian diluahkan Mohammad Rosmawar, 30 , apabila ditanya haiwan comel berusia dua minggu yang dipeliharanya itu ditemukan dalam bercerai badan dan kaki di hadapan rumahnya kira-kira pukul 8 pagi, Isnin lalu.

Katanya, dia amat terkejut apabila mendapati bangkai anak kucingnya dalam keadaan sedemikian namun tidak tahu pihak mana yang melakukan perbuatan tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak menolak kemungkinan haiwan itu dibunuh di tempat lain sebelum diletakkan di atas alas kaki pintu hadapan rumahnya.

"Sayu hati saya melihat keadaan anak kucing diperlakukan sedemikian rupa. Kami sekeluarga amat sayangkan anak kucing itu yang mempunyai mata berwarna biru.

Tambah Mohammad, dia yang menyewa di kawasan itu sejak setahun lalu memberitahu tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa apatah lagi mencampuri urusan orang lain termasuklah jiran- jiran di kawasan sekitar.

Katanya lagi, anak kucingnya pernah hilang dari sangkar dua hari sebelum kejadian itu tetapi berjaya ditemukan di atas sarang semut api yang terletak kawasan semak berhampiran rumahnya.

"Masa itu, habis seluruh badan anak kucing saya dihurung dan digigit semut api sebelum saya buang dan bersihkan. Tak sangka kali ini anak kucing saya dikerat-kerat begini."

"Saya harap pelaku yang membuat aniaya pada kucing saya itu sedar dan insaf bahawa tindakan mereka itu adalah kejam," ujarnya yang telah menghantar tiga ekor lagi anak kucing ke rumah ibunya yang tinggal berhampiran. - Utusan

====

Syak jiran sebelah

SEKINCHAN, SELANGOR – “Habis anak kucing kami dipotong-potong,” demikian Shakila Desmond yang mengesyaki anak kucing milik abangnya, Putra Amed, dibunuh dengan kejam oleh jirannya.


Gambar yang dimuat naik sejak jam 10 malam semalam, mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa geram dengan perbuatan individu yang tidak berhati perut itu.

“Masalah kalau ada jiran yang gila, sakit mental. Anak kucing pun nak dibunuh. Habis anak kucing kami dipotong-potong. Kalau ye pun tak suka kucing, tak perlu seksa,” katanya.

Menurut Shakila, dia mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh jiran sebelah rumahnya. Malah Shakila mendakwa, individu yang sama juga pernah melemaskan seekor anak kucingnya dengan merendam haiwan kecil itu di dalam tong sampah berisi air sehingga pagi.

“Hari itu lagi bo.doh perangai dia. Dia ambil kucing dan direndam dalam tong sampah berisi air sampai pagi. Orangnya waras, anak isteri semua waras. Tetapi masing-masing suka menyeksa,” katanya.

Difahamkan hanya tiga ekor anak kucing yang tinggal dan Shakila tidak tahu kepada siapa dia hendak melaporkan perbuatan tidak berperikemanusiaan jirannya itu. 

Dalam masa yang sama, Shakila bimbang jika tiga ekor anak kucing mereka itu akan menjadi mangsa yang seterusnya.

Ekoran kejadian itu juga, abang Shakila telah menghantar tiga ekor anak kucingnya itu ke rumah ibunya kerana bimbang akan keselamatan haiwan berkenaan.

Sementara itu, Putra Amed berkata, dia terkejut apabila menemui separuh badan dan sebahagian kaki anak kucing yang diletakkan di depan pintu rumahnya, membuatkan dia berasa sedih dengan kejadian yang menimpa kucing kesayangannya itu.

“Sedih sangat. Anaknya cantik-cantik. Mata semua biru. Yang mati itu yang paling gemuk dan comel. Kalau benarlah ini perbuatan orang, harap Allah tunjukkan balasannya nanti,” katanya.

Jelas Putra, dia tidak bermusuh dengan sesiapa, malah tidak pernah menganggu keluarga sesiapa mahupun mencampuri urusan orang lain. Namun orang kampung pernah berkata yang jirannya itu bermasalah.

Sehingga ke waktu itu, belum ada sebarang perkembangan terbaru dari Shakila dan Putra. Namun netizen berharap dua beradik berkenaan segera melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut. - thereporter

Possibly Related Threads...
Anak Kahwinkan Ayah Untuk Dapat Pembantu Percuma
Raja Salman Lepaskan Takhta Minggu Depan?
Global Tijari: Anak, Menantu Man Kidal Didakwa
Kehidupan Wanita Di Kluang Selepas Keempat-empat Kaki Tangan Dikerat Suami
Anak Panda, Nuan Nuan Dihantar Pulang Ke China
Anak Panda Gergasi Nuan Nuan Balik China Esok
Kucing Liar Jadi Suspek Kes Cubaan Bunuh Di Jepun
Anak Kucing Dilahirkan Bermuka Dua Di Sungai Petani
Suami Isteri Sanggup Makan Rumput Demi Cari Duit Untuk Rawat Anak
Suami Cetak Muka Isteri Untuk Diamkan Anak Merengek Jadi Viral



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 56
Anak Kucing Dikerat-kerat, Dicampak Depan Pintu Di Sekinchan
sukawg
113377
Forum Jump: