Anak Panda, Nuan Nuan Dihantar Pulang Ke China

Offline
11-14-2017, 08:03 PM,
#1
Nuan Nuan dihantar pulang


resim
ANAK Panda Gergasi, Nuan Nuan diletakkan dalam sangkar sebelum diterbangkan ke China dari Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Foto Mohd Fadli Hamzah

resim

PUTRAJAYA: Anak panda gergasi pertama dilahirkan di Malaysia pada 18 Ogos 2015, Nuan Nuan, hari ini dihantar ke Pangkalan Panda Dujiangyan di Sichuan, China.

Pengarah Zoologi Veterinar dan Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara, Dr Mat Naim Ramli, berkata haiwan berkenaan seolah-olah 'merajuk' kerana tahu akan meninggalkan negara ini.

Katanya, Nuan Nuan dilihat kurang cergas seperti sebelum ini dan lebih banyak tidur selepas proses pemindahan dari Zoo Negara, manakala tingkah lakunya kurang ceria seperti serta agak lemah.

"Emosinya tidak stabil kerana terdedah dengan bunyi bising selain terkesan dengan pergerakan kenderaan yang agak kuat sepanjang perjalanannya ke Hotel Haiwan MasKargo.

"Oleh kerana itu, kita mengambil masa kira-kira dua jam untuk menenangkan emosinya selain memberi ruang untuk ia menyesuaikan diri dengan suhu sekeliling.

"Bagaimanapun, reaksi yang ditunjukkan Nuan Nuan tidak semestinya bermaksud ia sedih kerana haiwan ini bersifat menyendiri," katanya ketika ditemui pada majlis penghantaran pulang Nuan Nuan ke China di sini.

Nuan Nuan yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara selama 27 bulan, dihantar pulang ke Pangkalan Panda Dujiangyan, kira-kira jam 5.40 petang tadi.

Dalam pada itu, Mat Naim berkata, pihaknya akan turut sama ke China untuk memantau keadaan anak panda terbabit selain mengadakan pertemuan dengan pihak di sana.

"Perpisahan ini sudah semestinya membuatkan kami sedih dan memberi kesan, namun peluang untuk menjaga Nuan Nuan adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

"Selepas ini kami berharap diberi peluang untuk menjaga haiwan terancam lain," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo) Ahmad Luqman Mohd Azmi, berkata penghantaran pulang anak panda itu menggunakan pesawat kargo MH6476 mengambil masa lebih empat jam.

"Kami berbangga diberi peluang terbabit sama dalam sejarah ini dan penerbangan ini ditaja sepenuhnya oleh MasKargo sebagai perkhidmatan kepada negara," katanya.

Nuan Nuan ialah anak pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang yang dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun oleh Kerajaan China.

Kedua-dua spesies panda gergasi yang sebelum ini dikenali sebagai Fu Wa dan Feng Yi ketika berada di China, tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014 sempena hubungan diplomatik 40 tahun kedua-dua negara. - BHarian


14 Nov - Anak panda Nuan Nuan dibawa dari Giant Panda Conservation Centre (GPCC) ke MASKargo Animal Hotel, Sepang bagi penghantaran pulang ke Chengdu, China hari ini 

resim
resim
resim
resim
resim
resim

resim

Possibly Related Threads...
Tertinggal Iphone Dalam Kereta, Penumpang Uber Kena Pau Rm300 Untuk Pulang Semula
Takut Beg Hilang, Wanita China Masuk Dalam Mesin Pengimbas
Gempar Anak Kambing Bermata Satu Di Dahi
Pegawai Jpj Dipecat, Ganggu Secara Seksual Anak Datuk Seri Ketika Ujian Memandu
Polis China Guna Cermin Mata Berteknologi Tinggi Kesan Penjenayah
Perlis Keluar Fatwa Larang Pukul Pasangan, Anak, Pelajar Biarpun Untuk Mendidik
Lelaki China Bakar Duit Mahu Tunjuk Siapa Lagi Kaya
Wanita Jual Susu Badan Sendiri Di Tepi Jalan Untuk Rawat Anak
Kad Pengenalan Khas Untuk Rakyat Malaysia Yang Lahir Di China
Budak Viral Hilang Tak Pulang Dari Sekolah Rupanya Tidur Di Rumah Kawan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 64
Anak Panda, Nuan Nuan Dihantar Pulang Ke China
sukawg
113639
Forum Jump: